BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, September 28, 2010

:: Hari-hari Seorang Juruwang Episode 1----::

Kisah ini adalah mungkin kenyataan dan mungkin juga dongeng semata~~~~ Mempunyai kaitan dengan yang hidup dan mungkin ada kaitan dengan yang sudah tiada~~~

Aigooo~~~ dengar sini yerr--- seorang juruwang aka cashier haruslah tabah, sabar dan berani--- berdedikasi--- berjiwa besar>>>>> untuk tersenyum walaupun senyum hanya plastik dan propa semata---- muahahahaha~~~~~~~

ok sedikit penerangan--- hahahaha
tabah>>>> untuk menjalankan tugas mengira wang beribu lemon---
sabar>>>> dengan customer dan kaunter yang suka buat hal kekadang...
berani>>> untuk melakukan perkara yg sepatutnya... tettttttt~~~~ hahahahaha


Briefing dan morning assembly bla.. bla.. bla...

Sekarang management baru, daripada briefing hanya Isnin dan Jumaat saja... Now hari2 briefing sampai bosan kitorang.. Cakap bende yang sama jer.. "customer service".. Then, yang normal akan kena cashierlah sebab kami nie kan frontline.. Tekad!!! Kekadang punch card jer, sesetengah kami terus naik kantin dulu makan @ cashier room maik cash box.. Malas nak masuk briefing lebih2 lagi kalu dah lambat~~~


Concourse promotion bla.. bla... bla...

lokasi2 concourse promotion~~~~ south court, center court, void II [depan ZARA], south island [depan GUESS], LLGc [center court lower ground depan KFC] dan EEL [depan Coffeebean]~~~ Aduhhh... memang mati berdiri kebosanan kalau kena jaga kaunter luar, terutamanya Void II, EEL dan LLGC. Macam promotion Hari Raya ritue kat EEL... Siap boleh tido lagi kat situ.. aishhh~~~ =.="""" zzZZZZ~~~~ Tapi south court boleh tahan lagilah cuci2 mata--- kui3~~~~ aigooo---- dan jalan2 masuk kedai2 sekitar.. hahahahah~~~~ tapi nak rehat payah kne tggu org ganti---

::ilustrasi----::


Promoter bla.. bla... bla....

Disini semua cashier buat khidmat sukarela yang tak berapa nak rela... Iaitu tolong reprint untuk promoter siap kepilkan bersama cash memo dorang.... So dorang sepatut tolonglah permudahkan kerja cashier. Tolonglah tulis SKU [item code] korang kat cash memo senang skit kerja... Nie tak kenalah bukak mata besar2 nak tengok SKU kat price tag, kalau price tag x boleh scan.. tue pn kalu ada price tag... Amik yang takda price tag kne lah cari promoter ntk tahu ada discount ke tak... Tue yang kekadang angin dengan promoter nie... Tambah bila Q dahlah panjang, tau berdiri sebekah cashier dok mengeluh cashier lambat... Aku rasa nak mencarut je kat orang cmtue~~~~


Kaunter HOT bla.. bla.. bla...

Kaunter hotlah sangat... Ada beberapa kaunter HOT kat sini.. Iaitu kaunter Gents, Info dan LQ--- Tapi paling hot Gents ngn Info lah... Kaunter yang agak bz dan cashier yang selalu jaga kaunter tue adalah cashier2 senior [p/s: x pernah lagi kot jaga info--]


Kaunter Berhantu bla.. bla... bla...

Bukan kaunter Hot je ada.. kaunter berhantu pun ada... Kaunter hantu yang femes yang kalu sebut semua cashier kaunter mana tue... kaunter Gents 1st floor... Kaunter yang paling terkenal dengan berhantunya.... Bayangkanlah ramai cashier short bila buka kaunter tue... bukan cashier baru jer.. Cashier senior pun short.... Short banyak pulak tue kalau kat kaunter berhantu tue... Tapi bagi aku bukan kaunter gents yang berhantu... Kaunter berhantu aku adalah Junior 1st floor... mostly kalu short aku msti kat kaunter tue... dah short bukan skit pulak tue.. aishh.. banyak sampai sakit kepala aku... Total short kat kaunter tue dah RM80++.... Sampai bila kne jga junior.... Adesss trauma aku... nak bg balance kat customer trauma.. kira duit customer trauma... Time closing lagi lah... huhuuh..~~~~

::Keyboard kitorg lagi rumit kot.. xde lekat2 pelekat simbol warna2.. sila hafal step...::



VIP customer bla.. bla... bla...

VIP customer adalah customer yang memilik kad VIP MJ--- dan mereka entitle 20% atau 30% less... Dah kaya.. lagi mahu less.. lagi dapat less, tak faham aku, orang kaya memang kedekut--- tettttt~~~~ VIP---- very idiot person--- tetttt~~~~ [propa saja] very important person.. tapi yg jd cmtue mane taknya.. anda VIP.. orang berpangkat, ada intergriti, ada nama, be generous lah sikit.. Mentang2 vip ingat boleh buat suka hati jer...

Pengalaman~~~~
time jaga kaunter LQ~~~~~ customer VIP perempuan [identiti adalah rahsia sekian---] Q dah lah panjang.. siap bleh suh staff yang Qkan ntk die dan die duduk atas meja sebelah cashier kaunter sambil bising2--- merungut "ishhhh.. lambatnyaaa.. lambatnya...." padahal ada lagi dua customer sebelum dia.. Kad customer plak ada prob lambat approve--- lagilah die bising--- aishhh~~~ aigooooo--- Aku dalam hati %$#@#@*%%## [mencarut] amik kau--- sampai je giliran die.. scan lah barang die.. then kne buat price change ke harga asal sbb nak bg discount ntk vip.. kenalah panggil supervisor ntk override.. lg die bising~~~ Aduhhhyaiii tekanan aku.. rasa nak bagi die makan kasut saiz 20 jer--- Sabarjelah aku... Hello anda tue VIP okay--- tunjukkanlah attitude yg baik baru orang bleh respect anda sebagai VIP... orang melayu pulak tue... Hormat orang lain juga.. Takda sifat sabar langsung... memang very idiot person kalau cmtue... smpai akak staff yang tolong Q kan die pn cakap.. " kesian ko dik kena marah.. sori noh.." nasiblahhh~~~~ tapi ada jugak VIP customer yg baik... sgt rendah dri... dah jmpa dua org dah... baik.. cmtue bru bgs...

::Bagus jugak kalu tukar kaunter cmnie--- hahahaha--- tunggu lagi 20 tahunlah...::


nantikan episode 2 di blogspot2 terdekat anda... huhuhuh


riedz------

Saturday, September 25, 2010

::Pandu Cermat dengan Kenderaan Yang Tak Selamat::

Pandulah dengan cermat--- ingatlah kenderaan anda~~~~ aishhh-- lain pulak bunyi trademark nie---

Bergegas-gegas turun diawal pagi untuk pergi bekerja---- vrommmmmMMMM~~~ biasalah aku tanpa panas enjin memang suka main jalan jer-- motif ~~~ sebab dah lambat--- tengah2 bawa motor-- semacam jer rasa~~ [awat mcm flat je tayar aku---] nahhhh~~~ amik kau-- tayar aku memang flat--- fikir2--- takpe awal lagi boleh lah pergi pam minyak pam angin kat tayar~~~~ dah pam ingat boleh lah jalan cm biasa--- baru jalan sekejap dah nak flat balik--- aishhh.. sah2-- tayar aku bocor dah... tapi ape peduli... gua jalan jer lah.. lambat dah kot nak g keje.. huhuhuh....

sampai je tempat parking cek2--- nahhh... amik lagi sekali.. tayar flat... cmner lah aku nak balik.... aishhh... =.=""""

Sampailah masa nak balik--- surprise nie nak tengok cmner motor n nak bawa lagi... aishhh... agak dah--- tayar flat--- tapi ape aku peduli... xkan nak tido kat parking--- bawa jelah-- layannNNNN~~~~~

Pemandu Paling Sopan~~~~~ tulah award yang aku menang--- hahahaha.... aku jadi pemandu paling sopan sekali di jalan raya malam nie... bawa tak melebihi 40 km/jam pun... sekali tengah aku sopan-santun kontrol ayu macho encem smua bawa motor nie dengan tayar yang flat... boleh pulak ade teksi leh main hon2 kat aku banyak2 kali--- amik kau~~~ @#@%^%$%$##@@~~~~~~~[ mencarut---] apa lagi.. mencarut lah aku... rasa nak lambaikan jari tengah aku jer--- hahaha-- [aishhh.. tak baik2-- huhuh] aku tengah sopan santun dijalan raya... hargailah sikit--- kalau aku merempit karang--- aishhh...

Akhirnya sampai juga umah dengan keadaan yang selamat tapi tayar mmmg flat giler kot... xtaw esok cmner nak bw kedai... dah bagi tahu chasier room mungkin masuk lambat sebab hal nie lah... Nouvo sayang nie merajuk lagi--- x sempat tunggu cukup bulan gaji--- nak juga... huhuhuh... end of story---

~ala-ala lagu nie lah flatnyer tayar-- tapi bleh aku lanyak layannnn bawa sampai kerja then baik umah--- aishhh-- =.=""" ~~~~~

riedz~~~~


Friday, September 24, 2010

:: Cermin + Mata = Contact Lens----::

Berikutan dari episode cermin mataku yang kedua-duanya telah pun arwah~~~~~ prakkKK--- patah---- =.=""" Aduhh---

Hari nie pergi kerja dengan pandangan yang blurrRR~~~~ jerrrr---- nasib baik juga jaga kaunter luar tak perlu tekan-tekan keyboard sangat. Ada yang perasan dan ada juga yang tak [erasan yang aku tak memakai cermin mata..... Aduhhh---- bila pandangan blurr~~~ dan kaburrr jerrr nie--- mengantuk jer rasaaa---

Tekad--- Nekad~~~~~... Time rehat dinner petang aku teruslah bergegas ke Focus point Lg floor Mid Valley [dah kat mid xkan pergi beli kat Times square--- aishhh] Sembang-sembang sat, tanya nie tanya tue... pilih contact lens... Test mata--- Then~~~ Jeng3---- aduhhhh---- Tiba saat sesi pembelajaran memakai kanta sentuh @ contact lens.... Sengsara giler aku nak pakai... adesss... sampai berair-air berayaqq--- mata nie.. x masuk2 gak--- Puas orang tue ajar-- puas jugak aku try masukkan.. x mahu gak.. huhuhuh... Lastly die gak yg tolong masukkan.. [sorry biasalah budak baru belajar---] Nak tanggalkan pula... aduh main picit2 anak mata pulak... gerun aku... orang tue jugak yg tolong demo keluarkan then masukkkan balik... terdetik aku dlm hati--- [give up aku nak pakai minatang ape nie... adeuhh... selamat murah senang aku tolak tepi jer kalu ssh sgt nak pakai.. cancel--- hahaha] takpe... so try jelah dulu.. baru2 memanglah mcm nie.. 1st time lah katakan.. kat kaunter-- aishhh lelama rasa kurang selesa pulak... macam main gerak2 lak... xpe2-- cool~~~

Hmmm~~~~ dudab-dudab jantung nie fikir camner lah balik nanti aku nak tanggalkan pula... silap2 tak dapat tanggal tak tidur lah aku satu malam [masa kat kaunter td--].... then balik nie... excited giler nak bukak contact lens--- muahahahaha~~~~ cepat bukak baju... tukar seluar.. basuh tangan buat persiapan... boleh mak dengan adik aku gelak-gelak cakap "kita mesti dengar angah menjerit jap lagi---" takpe2--- huhuh.. siap jer.. masuk bilik tutup pintu... tup3~~~ sekejap jer aku dah tanggalkan.. walaupun beberapa kali cubaan tapi kuranglah dari seminit--- yeayyyy--- [tapi esok xtaw lah nak pakai cmner--] =.=""""""


~Solution, casing, eyes drop, contact lens--- =.=""" ---- aduhhh byk lah minatangnya---~~~


riedz~~~~

[ditulis setelah berjaya mengeluarkan contact lens-- yeaayyyy--- dan setelah selesai mandi siap semua... legaaa~~~~ *tapi semamacam jer mata kanan nie... actually mmg kanan kuasa lg tinggi--]


Thursday, September 23, 2010

::Persimpangan-----::



Simpang tiga atau simpang empat,
Dipersimpangan itu semua kenderaan bertemu,
Motorsikal, kereta, basikal, lori, bas dan trak.
Persimpangan kehidupan...

Berhenti dipersimpangan,
Bersilangan dipersimpangan,
Ada salam yang menyapa,
Ada wajah saling bertaut,
Ada jua dengan tumpuan terus saja....

Dan ada kala,
Satu perkenalan di persimpangan,
membawa ikatan sahabat,
Jalan sama dilalui,
Tapi esok, lusa belum pasti seiring jalan,
Berbeda takdir, rezeki, matlamat, hidup,
Tetapi dipersimpangan jua kita bertemu lagi...

Pabila berlarinya engkau,
Berjalannya aku,
Dalam jarak terpisah,
Lampu merah menyekat,
Sedang dirimu terus deras dalam jalan,
Dalam aku yang sedang menempuh sesak....

Bagi setiap lintasan pejalan,
Disitu aku tunggu,
Sambil kaki melangkah garisan putih,
Diam, lihat, perhati---- menunggu..
Hijau, jingga, merah~~~~~~~

~hmmmm---- suka tengok kenderaan dan telatah manusia di persimpangan--~~







riedz---
10.30 am
210910
[ketika di Kaunter 451 LQ]

::: p/s: --------::

p/s : u r cute
p/s : thanx kerana menjadi sahabat saya
p/s : i luv u
p/s : live well
p/s : i'm proud of u
p/s : rindu kamu
p/s : i miss my bestfriends
p/s : sorry for everything
p/s : i miss u
p/s : suka lihat kamu senyum
p/s : best of luck
p/s : luv to talk with u
p/s : it nice just being with u
p/s : luv the way u laugh
p/s : ur back are really warmth.. i like it..
p/s : nice to meet u
p/s : till we meet again

[gambar ilusi semata--- sekadar hiasan-- mane tgk lg cite nie--]



riedz-----
210910
08.00 pm [ketika di kaunter LQ]