How should I do actually????
Hmm.... nak buat macam mana erkkk....
Kaki sakit... actually dah biasa bertahan selama 3 tahun ini...
Tapi lately tukar kasut baru...
Jalan terpaksa biasakan...
Tapi semasa langkah tulang kaki kiri...
Bukanlah dalam kedudukan postur yang betul...
Terpaksa buat macam tu supaya tak rasa sakit...
Tapi akibatnya... bentuk tulang kalau X-ray mesti dah berubah...
Postur kaki kiri semasa jalan tak betul...
Sakit bila asyik kena berjalan....
Dah lama tak jogging...
Atau lari sepuas hati....
Lepaskan semua yang terpendam....
Rindu nak berlari~~~~~
Patut biarkan saja aku ditipu dan dipermainkan....
Walaupun tahu hakikat sebenar....Tapi aku dah terlepas cakap....
Semua dah tak berguna lagi....
Tapi bak kata Izdiyad "Kalau dia ikhlas berkawan dengan kau, dia akan faham..."
Lebih kurang begitulah isinya... Thanx dyad...
Sakit tu lebih sakit daripada sakit kaki yang aku tanggung sejak 3 tahun...
Sakit itu hampir memanggil semua masa lalu aku....
riedz~~~~
p/s : balik keje rasa bawa motor dengan selajunya sgt best.... seperti dapat melepaskan semuanya bersama bayu dingin malam...
p/s ii : jaga kaunter LQ time krismas penat... kena buat kerja yang takda kat kaunter lain... barang besar dan kena wrapping.
p/s iii : I really dun meant it... I take da blame....
p/s iv : hari nie tak tido seksi... tp makan nasi goreng penuh satu pingan sebelum tido... mari epykan diri...
p/s v : "em mls lyn"... [perlu ker--]
Sunday, December 5, 2010
:: Sakit--- Orang Kata Sakit Itu Indah????!!!! ::
Posted by riedz_iedz at Sunday, December 05, 2010 0 comments
Saturday, December 4, 2010
:: Pandangan Yang Hilang ::
Pandangan yang hilang---
Pandangan terhadap alam indah ciptaan Nya...
Pandangan terhadap insan-insan yang disayangi...
Lately saya takut....
something yang tak kena dengan pandangan ini....
Lepas je pukul 7 malam keatas...
Pandangan akan jadi kabur...
walaupun dengan memakai cermin mata....
nak ke pukul 10 malam.....
kekadang nak punch barang kat kaunter pun dah kabur...
Apa sebenarnya yang tak kena....
Saya nak ambil masa nanti..
nak pergi cek....
riedz~~~~~
Posted by riedz_iedz at Saturday, December 04, 2010 0 comments
Labels: sakit
Tuesday, November 30, 2010
:: Prolog- Hilang Arah ::
Semalam... bersamaan tarikh 28 November 2010...
akhirnya jadi juga tengok wayang...
Harry Potter and The Deathly Hollows...
Bersama Fasihah... Thanx sebab sudi teman aku...
Tapi yang aku ingin monologkan bukanlah kisah...
berjalan sakan sampai ke malam....
bershopping sakan sampai terlebih-lebih...
Thanx seha teman aku sampai habis walaupun....
Kau sendiri sedar aku sedang bersedih...
Walau hakikat aku berkata...
"Kau tak payah risau pasal diri aku...."
"Aku tahu macam mana nak gembirakan diri sendiri..."
Kau cuba juga menenangkan aku dengan kata-kata kau...
Thanx sangat...
Seha balik jer... aku pergi ke tempat kerja...
Jumpa Inra... Kemudian jumpa Faizal...
Aku nak balik dengan Faizal... memandangkan jalan kami sehala....
Aku takut nak balik seorang...
Aku takut hilang arah....
Aku takut tak jumpa jalan pulang....
Aku tak tahu nak buat apa...
Aku betul-betulkan petunjukNya....
"Sabar Rizman... ada hikmahnya...."
Kata-kata Seha.. dan juga kata-kata hampir segenap orang...
Tapi apa yang aku perlukan adalah tangan....
Someone that will hold my hand....
Guide me through this darkness....
Ondaway balik dengan Faizal... Sanggup aku tunggu sampai 11.15pm..
Baru balik... Atleast aku tahu ada seseorang disisi aku....
Sekurang-kurangnya buat masa itu....
p/s : Inra--- sebenarnya aku tak tengok result UiTM semalam... cuma tak sanggip bagitahu kau...
p/s ii : sambil tulis blog sambil mengesat air mata... 'Mana pergi diri kau Rizman...'
riedz----
Posted by riedz_iedz at Tuesday, November 30, 2010 0 comments
Labels: aku, Dugaan, Hati, Hujan, Kehidupan, Kisah, Lah Tahzan, Monolog, mood, sakit, ujian
:: Klimaks- Hari Ini Dalam Sejarah [part I] ::
Hari ini dalam sejarah... bersamaan 29 November 2010...
AKU PONTENG KERJA....
Muhammad Rizman bukanlah seorang yang pemalas...
Suka-suka ponteng kerja....
Hari Preview day Metro bulan Julai...
Walaupun demam tetap pergi kerja...
Memikirkan baru bekerja...
Memikirkan itu tanggungjawab....
Aku adalah seorang yang Stream Jewel Type II [sesiapa yang dah pergi program KPKK Kelab SANTUN akan tahu...]
bukan seorang yang senang-senang mengambil ringan tanggunjawabnya...
Pergi ke sekolah walaupun masih demam...
Pergi ke kuliah walaupun masih demam....
Tapi hari ini kenapa ponteng kerja... Sebab apa...
Pergi meeting kelab... Tidak...
Seseorang yang bertindak seperti bukan dirinya....
Sudah pasti sesuatu telah berlaku...
Aku bangun dari tidur untuk bersiap ke tempat kerja...
Melihat laptop aku yang tak tertutup dari semalam...
Akibat tertidur keletihan balik lambat..
Aku bukak semua acct sosial web aku sekejap...
Satu kata-kata terpacul dalam kepala...
"Kenapa korang buat aku macam nie..."
"Kenapa korang men gurau condem pic aku..."
"Korang ingat aku seiapa..."
"Begitu mudah korang pandang rendah aku...."
Terus air mata aku mengalir....
Segera aku ke bilik air untuk mandi...
Tetiba aku sebak sangat dalam bilik air...
Air mata aku terus mengalir bersama air pancur...
"Rain drops or tear drops"
Terus aku keluar dari bilik air...
dan mesej Abang Asri yang aku tak mampu untuk ke tempat kerja...
Dalam keadaan aku yang sekarang....
Aku sangat tertekan...
Sekelip mata... Keyakinan aku musnah...
Aku telah kehilangan diri aku "Muhammad Rizman"
Sekali lagi setelah trauma yang melanda 5 tahun yang lalu...
riedz~~~~
Posted by riedz_iedz at Tuesday, November 30, 2010 0 comments
Labels: aku, Dugaan, Hati, Hujan, Kehidupan, kerja, Kisah, Lah Tahzan, Monolog, mood, sakit, ujian
Saturday, November 27, 2010
:: Kau Tanya- Aku Jawab- Kau Dengar- Aku Cerita- MOTIFFF DAH JELAS [part II] ::
Post ini adalah sambungan daripada sub post dalam part 1 [The Surprising Question]
1st time.... 1st time dalam hidup aku kena macam ini...
Alami macam ini....
The Prologue----
Start pukul 11--- hati dah rasa sangat tak sedap.... hati sangat berdebar-debar...
pelik... aku sendiri tak faham... tak pernah aku kena macam nie...
Kalau yer pun sixth sense aku nak membuak-buak di saat ini...
Tapi aku sangat tak sanggup nak tanggungnya sekarang.....
Sehinggalah pukul 12 lebih.. nak ke pukul 1 petang...
Masih tak sedap hati....
Melangkau ke pukul 2 lebih...
Nafas aku dah pendek... Suara dah lain macam....
Ros datang kaunter aku pun tengok aku pelik jer...
Terpaksa hadapi semua ini...
Sangat buat aku tak tahan....
The Klimaks-----
Sampai aku rasa nak pengsan kat kaunter dah....
Then Tarmizi masuk aku terus keluar break....
Break dengan Ain, dan promoter gents and shahrul jugak.
Lepas lunch dah rehat...
Lega lah sikit...
Baru boleh tarik nafas sikit...
![]() |
| :: Cover Album Single :: |
The Epilogue-----
Akhirnya... 1st time jugak....
aku dah pecah 'buah' aku depan-depan.... [tolong jangan salah faham maksud 'buah' sila jangan fikir kuning]
pasu tembelang dah pecah depan-depan...
semuanya disebabkan pertanyaan itu....
ini ke perasaan tak sedap hati yang aku rasa...
Then rasa macam nothing....
Then why aku jawab pertanyaan itu....
Tetiba aku rasa aku patut ignore saja from the beginning lagi...
"You can't do that"----
Aku nak cakap sangat ayat nie kat orang yang bertanya tu...
Aku tak tahu apa dalam fikiran dia setelah aku pecah 'buah' aku...
arghhhh... apa dah aku buat....
kenapa aku pergi jawab pertanyaan itu....
So mulai sekarang aku hanya akan lihat saja..
Masih belum konklusi-----
Akibatnya... badan aku yang terpaksa tanggung semua ini....
Start pukul 10pm masa last customer sebelum closing..
kepala aku dah start pening... sakit kepala....
kaki start sakit... [sebelum nie dah melecet]
baru aku sedar... walaupun ini second time bercerita...
tapi adalah 1st time secara depan-depan....
patutlah badan aku sakit sangat menahan beban kat fikiran ini...
tapi entahlah.. melihat keatas.. rupanya masih ada sedikit harapan...
yang aku gantungkan.. tinggal di situ....
Aku akan tunggu dan lihat....
riedz~~~~
p/s : Inra tacing aku tak pergi rehat dengan dia... tapi aku ada urusan perlu selesai... maaf.
p/s ii : Kay cancel date.. Selamat ada date baru ahad nie... dapat juga tengok movie...
p/s iii : aku nak lupakan benda nie.. ingat "You can't do that"....
p/s iv : kalau Inra bukak fb selepas pukul 12.09am.. alamatnya tak dapat tgk post aku dah fb.. aku dah remove selepas aku balik kerja tadi... [sambil lyn lagu FT Island]
Posted by riedz_iedz at Saturday, November 27, 2010 0 comments
Saturday, June 12, 2010
Hari hujan dan kisah pada hari hujan::::
~9.36pm~
~sambil menaip sambil menahan sakit~~
Moga hari ini lebih baik daripada semalam~~~~ itulah doa untuk hari ini---- masih terbayang-bayang lagi kejadian petang tadi terutama waktu aku nak tidur untuk lelapkan mata--- seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku-- [takkan sebab seluar favourite koyak je kot-]
hmm-- tapi aku harus belajar untuk lebih redha dan sabar--- semua ini adalah ujian daripadaNya--
~Kejadian petang tadi~
sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar Muhd Ashrap (apek) kawan di tempat kerja balik ke rumahnya--- aku pun bergerak ikut jalan dalam yang diberitahu yang akan tembus di jalan desa damai--- actually sebelum tu kami dibelanja makan oleh VJ. Aru- supervisor di bhagaian Maintenance memandangkan hari ni hari terkahir kami praktikal di situ secara tak rasminya--- ok-- sampai tembus juga kat jalan desa damai dah dekat nak sampai--- setiba di jalan menuju perda [tempat tinggal aku--] jalan yang merentasi jalan keretapi-- dan jalan tu memang sentiasa jammed terutamanya waktu2 hujan macam ni-- ok-- mencilok2 seperti nak balik cepat sebab jam dah hampir pukul 4 petang-- bas didepan dan kereta dibelakang-- jalan yang sempit-- pokok tepi jalan yang meruntai sampai hampir ke bwah jalan raya--- kelajuan ditingkat sedikit ikut laluan tepi kiri bas-- tunduk untuk elak dedaun pokok yang meruntai--- runtaian pertama lepas-- runtai kedua lepas then--- Ya Allah~~~~ tu je dalam kepala aku-- motor hilang kawalan lepas lpasi runtaian kedua dedaun pokok-- dengan bahu jalan yang tinggi dari kaki rumput ke longkang--- TERSUNGKUR-- aku jatuh bersama motor-- Alhamdulillah-- aku fikir2 nasib baik tak masuk longkang-- then-- bangun aku dengan sendiri-- mamcam tak larat aku nak angkat motor yang tersekat-- SAKIT--- adessss-- tengok2 seluar aku koyak-- seluar jeans favourite aku--- lalu meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan menahan sakit--- sakit!!!!!
Ya Allah~~~~ sesungguhnya aku yakin--- mesti ada hikmah semua ini berlaku--- Dia sedang berbicara dengan aku tentang kesabaran-- paling tidak-- ini semua sebagai penawar dosa, membayar... kifarah dosaku...
demam lagi--- selsema lagi--- sakit kepala lagi---
terima kasih sangat kepada semua yang mengambil berat... atleast takda lah rasa sakit sangat--
to my housemate aka coursemate... Sazali... Fuzack n Najib... FB aka santun famili... Izdiyad, faraha'ain n Asmidah.... my famili [adik aku yang g cerita sape suruh--] da semua sekali...
nie sebahagian dari kata-kata dalam buku 'Lah Tahzan' oleh Aaidh ibn Abdullah al-Qarni---
bencana melanda dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah""
'Ketika semua cara tak mampu
menyelesaikan, setiap jalan yerasa menyempit,
harapan terputus dan semua jalan pintas membuntu,
mereka menyeru: "Ya Allah!"'
Ketika bumi terasa menyempit
dikeranakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban
berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"
sehingga berjumpa lagi--- [sakit2 pun boleh membebel panjang2 aku dalam blog nie-- adesss]
salam---
Posted by riedz_iedz at Saturday, June 12, 2010 5 comments
Labels: aku, Hujan, Kemalangan, Lah Tahzan, muhasabah, sakit
Wednesday, May 5, 2010
Manis+masam+masin+tawar= Hari yang ada macam perasaan---
Rabu~~ 11:53pm~~ [mula menaip--] lokasi: Meja study + bilik aku~~
Assalamualaikum blogku~~~ hari ni kan aku nak bercerita kepada engkau, tulus dari hati aku-- tapi belum 100% lagi... Hari aku letih bangun pagi nak pergi kerja-- rasa nak MC jer-- tapi tak baik.. so aku tetap bangun semangat nak pergi kerja-- turun jer dari kondo ada anak kecil/budak kecil/budak yang comel--- comel sangat-- geli hati tengok dia--
Hari nikan-- di tempat kerja sepanjang hari hanya buat Monthly Expenses Report for maintenance untuk bulan April--- sampai OT balik pukul 8pm--- Mata bengkak-- taktaw la sebab kena kayap @ sebab biasa yang lain--- tapi minta sangat jangan sebab kayap-- sebab dengar ehh-- bukan melalui pembacaan kalau kena kornea mata-- boleh buta--- Ya Allah-- adakah ini kifarah dosa bagi aku--- terdetik dalam hati--
Selepaskan blog-- aku balik-- singgah makan kat tempat makan biasa dengan menu aku yang biasa-- Nasi lemak telur dadar dan Kopi ais~~~ then balik on9+ mandi+ solat= on semula selepas tue--- suddenly ada sahabat lama yang datang ke rumah--- hmmm--- perasaan jadi tak sedap semula-- tak suka dan malas nak fikir-- tidak mengapalah blog-- kalau aku bagi dorang hanya kawan atau sahabat yang biasa saja-- ofcourse kekadag aku terasa-- dorang macam ada group dorang-- nama GGD-- so aku fikir2-- memang patutlah dorang2 semua saling lagi rapat berbanding aku nie-- hmm--- tapi aku sayang dorang taw blog-- cuma mungkin macam tak nampak @ mngkin nampak macam aku lebih pentingkan diri--- tapi aku selalu berdoa untuk kami semua--- kalau buat plan tanpa @ tak beritahu aku-- hmm-- ok-- aku cuba faham-- pada hakikatnya aku terasa-- [lantak aku lah nak terasa-- aku ada perasaan-- siapa rasa nyampah- ada aku kesah--] hmmm--- tanpa dorang --- ntak taw la--- oleh itu-- aku nak diri aku belajar-- penggantungan tahap tertinggi hanyalah kepadaNya~~~ Y Allah bimbing dan didiklah hatiku--
selepas tukan blogku--- dia call aku tadi-- memang aku seperti langsung tak berkata apa2-- sebab aku tak nak bila endingnya-- kami misunderstanding/ miscomunication-- [dia tue orang yang sangat sayang aku---]
aku nak tidur-- esok kerja-- perlu rehat juga kalau tak badan aku juga yang niaya-- kesian kat aku--
riedz-iedz~~
12:08am~~
Posted by riedz_iedz at Wednesday, May 05, 2010 2 comments
Monday, May 3, 2010
Memulakan bulan baru~~~ MEI---
Assalam blogku---- hari ni kerja letih sangat--- dah lama tak kerja teruk macam hari ni--- last aku pulun kerja teruk rasanya last awal bulan tiga lah-- selepas tu takda lagi-- dah lah kena OT-- balik kerja jer basuh seluar yang kotor dah-- baru pakai sehari--- then keluar makan dengan housemate Osman-- kami jemput Fuzack kat tepi masjid yang baru pulang dari kampung---
Purnama foodcourt tempat makan biasalah-- makan-makan time--- then tonton TV dikedai time-- Jali pun sampai dari kampung---- Join sekali-- Najib belum balik--- itu normal dia memang selalu balik lambat bila dapat balik kampung--- hahahaha----
Anyway--- TERIMA KASIH banyak-banyak kepada Jali yang bertanyakan kepada emaknya tentang kayap-- then siap tolong buat ubat kampung untuk aku--- TERIMA KASIH Jali--- TERIMA KASIH Makcik--- terharu rasanya sahabat buat macam ni--- hope aku pun akan jadi yang terbaik demi sahabat-sahabat aku--- Amin---
12.25 [letih nak tidur-- esok kerja--]
[even i didn't text her--- i still thinking of her--]
Posted by riedz_iedz at Monday, May 03, 2010 1 comments
Monday, April 19, 2010
Takda mo0d~~ sakit~~ terk3nang~~~
~selasa~
~jam 12.16am [sepatutnya dah rabu--]
~meja stdy comei, kondo bandar perda--
Hari ini memang aku rasa takda mood nak buat kerja kat tempat kerja--- mungkin disebabkan kaki yang sakit--- sakit sebab kena kayap-- kalau mengikut apa yang doktor katakan-- so buat kerja pun alah kadar jer--- malas nak masuk production dan ikut maintenance lain buat kerja-- time rehat paling best-- minggu terakhir untuk kami makan2 lunch bersama sabri-- trainee dr Unikl-- org nya baik-- wajah tenang dan redup--
tiap kali nak berjalan-- bangkit dari duduk-- duduk dari berdiri-- mmg sakit skit ble luka tue kne seluar-- so-- mmg dalam kepala balik nak jumpa doktor tekad amik MC--- bukan sebab malas-- tapi sebab dengn keadaan mcm nie--- nak buat kerja pun ssh-- apa lagi tepat pukul 5 bersiap terus keluar-- hahaha--- destinasi klinik wawasan-- pendek cerita-- setelah cek dan bertengang lidah dgn doktor dapat juga MC--- huhuh--
Ondaway balik keluar jer dari klinik hujan dah lebat--- tekad redah juga-- ondawy tue-- melayang2 juga motor kne tiup hujan n angin~~~ nasib baik tak masuk longkang--- rider yang hebat juga-- alhamdulillah---
dan kakdang kala--- sakit yang aku hadapi seperti merasakan yang ini adalah kifarah dosa yang telah aku lakukan~~~ hurmmm---- moga sentiasa diberi petunjuk dariNya--
Dan dengan secara tiba-tiba~~~ apabila aku tiba di bawah kondo rumah kami--- satu perasaan sayup menyapa--- mengenangkan adik kami di kondo ini--- terdetik dalam hati--- beginikah dulu waktu dia terpaksa menunggu sorang2-- dalam hujan yang lebat dan angin yang dingin--- terbayangkan bayang pada kerusi yang menjadi tempat pertama pertemuan kami semua-- dan tiba waktu maghrib-- aku memandang pada pintu hadapan--- selalu time2 begini-- selepas maghrib pintu kami akan diketuk-- aku sudah tahu itu pasti adik kami-- membayangkan aku membuka pintu dan wajahnya di hadapan pintu--- tapi itu semua hanya bayangan jarum masa-- sudah seminggu die pergi ke PLKN--- harap dia sentiasa dalam lindunganNya-- amin--
dan aku masih duduk seperti benar2 berharap kan ada ketukan-- osman overtime dan jali pulang ke kampung sebentar atas urusan-- manakal najib dan fu z masing2 dalam lamunan sendiri-- huuhuh-- dan aku juga-- pinta -- hanya sekali-- sebelum aku meninggalkan kondo ini buat selamanya-- kerna esok tak siapa akan tahu---
-tamat-
12.48am- sambil on9 fb--
Posted by riedz_iedz at Monday, April 19, 2010 0 comments








