BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Monday, November 15, 2010

:: Saya Risaukan Dia- Kenapa Dia Begini~~~!!!! ::

Saya risaukan dia... serius taw... nie bukan main-main.... macam mana keadaan dia tinggal sorang-sorang... Ada ke yang menemani dia... ???? Harap tak sesiapa yang akan cuba apa-apakan dia.. Serius risaukan dia... Takut tak dapat fokus kerja dalam 2 hari akan datang sebab risaukan dia...




Hari ni keluar staff entrance pukul 11pm.. sampai je tempat parking. Ada motor yang parking rapat giler dengan motor aku sampai aku nak bawa keluar motor pun memang payah giler... Sampai aku carut* [carut tidak semestinya anda mengeluarkan kata2 yang kesat... ini adalah bahasa kami untuk mengkelaskan perkara tertentu bagi kami di Metro..- penerangan sebentar] kat motor tue...




Then nak start jer motor... boleh... lampu meter semua on... tapi nak start je enjin tarik brek tekan start...
Hmm.... terpadam lampu meter bersama bunyi macam bunyi "trip"




Amik kau... motor tak boleh start walau dah cuba kaedah manual... Dia buat hal lagi.... Apa lagi dia nak dari aku.. aishhh... bulan lepas minta tayar baru nak drift senang... Nie dia buat hal lagi....






Tersadai motor aku kat parking~~~~ aishhhh....










Macam manalah nak buat nie~~~~ hari ni kena naik public transport jer... risau pula semalam parking biar kar situ jer... Dah lah malam dorang tutup lampu parking semua...






Tengok punya teruk.... tengah try2 untuk start manual... Sampai tapak kasut aku pun tercabut.. sedih betul aku.... Terpaksa hari ni beli kasut baru..... Aiyooo....


Tengah cari jalan juga macam mana nak bawa tunda balik motor nie.... esok preview day balik pukul 12 malam....  hmm.....






riedz~~~







Saturday, June 12, 2010

Hari hujan dan kisah pada hari hujan::::

~9.36pm~
~sambil menaip sambil menahan sakit~~


Moga hari ini lebih baik daripada semalam~~~~ itulah doa untuk hari ini---- masih terbayang-bayang lagi kejadian petang tadi terutama waktu aku nak tidur untuk lelapkan mata--- seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku-- [takkan sebab seluar favourite koyak je kot-]

hmm-- tapi aku harus belajar untuk lebih redha dan sabar--- semua ini adalah ujian daripadaNya--

~Kejadian petang tadi~

sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar Muhd Ashrap (apek) kawan di tempat kerja balik ke rumahnya--- aku pun bergerak ikut jalan dalam yang diberitahu yang akan tembus di jalan desa damai--- actually sebelum tu kami dibelanja makan oleh VJ. Aru- supervisor di bhagaian Maintenance memandangkan hari ni hari terkahir kami praktikal di situ secara tak rasminya--- ok-- sampai tembus juga kat jalan desa damai dah dekat nak sampai--- setiba di jalan menuju perda [tempat tinggal aku--] jalan yang merentasi jalan keretapi-- dan jalan tu memang sentiasa jammed terutamanya waktu2 hujan macam ni-- ok-- mencilok2 seperti nak balik cepat sebab jam dah hampir pukul 4 petang-- bas didepan dan kereta dibelakang-- jalan yang sempit-- pokok tepi jalan yang meruntai sampai hampir ke bwah jalan raya--- kelajuan ditingkat sedikit ikut laluan tepi kiri bas-- tunduk untuk elak dedaun pokok yang meruntai--- runtaian pertama lepas-- runtai kedua lepas then--- Ya Allah~~~~ tu je dalam kepala aku-- motor hilang kawalan lepas lpasi runtaian kedua dedaun pokok-- dengan bahu jalan yang tinggi dari kaki rumput ke longkang--- TERSUNGKUR-- aku jatuh bersama motor-- Alhamdulillah-- aku fikir2 nasib baik tak masuk longkang-- then-- bangun aku dengan sendiri-- mamcam tak larat aku nak angkat motor yang tersekat-- SAKIT--- adessss-- tengok2 seluar aku koyak-- seluar jeans favourite aku--- lalu meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan menahan sakit--- sakit!!!!!

~adalah skit lbh kurang gaya aku jatuh gak-- huhuh-- tapi tepi tue longkang--]

Ya Allah~~~~ sesungguhnya aku yakin--- mesti ada hikmah semua ini berlaku--- Dia sedang berbicara dengan aku tentang kesabaran-- paling tidak-- ini semua sebagai penawar dosa, membayar... kifarah dosaku...

demam lagi--- selsema lagi--- sakit kepala lagi---

terima kasih sangat kepada semua yang mengambil berat... atleast takda lah rasa sakit sangat--
to my housemate aka coursemate... Sazali... Fuzack n Najib... FB aka santun famili... Izdiyad, faraha'ain n Asmidah.... my famili [adik aku yang g cerita sape suruh--] da semua sekali...



nie sebahagian dari kata-kata dalam buku 'Lah Tahzan' oleh Aaidh ibn Abdullah al-Qarni---

"Ketika musibah menimpa,
bencana melanda dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah""

'Ketika semua cara tak mampu
menyelesaikan, setiap jalan yerasa menyempit,
harapan terputus dan semua jalan pintas membuntu,
mereka menyeru: "Ya Allah!"'

Ketika bumi terasa menyempit
dikeranakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban
berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"

then.. time2 mamcam ni layan lagu dari edcoustic- Muhasabah cinta--- memang masukkkk sangat--- sob3~~~ sedih lak--




sehingga berjumpa lagi--- [sakit2 pun boleh membebel panjang2 aku dalam blog nie-- adesss]
salam---