BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

Seminggu Berlalu- Doa!!!!!-

~Khamis~~~
~Jam 11:55pm~~~
~B-3-6, Kondominium Mutiara~~~

Mengagahkan diri untuk menulis~~~ hehehee--- selalunya aku akan mengadap FB sampai la waktu mamcam ni selepas tu masuk tido--- huhuh -- hurmmm actually banyak yang nak dicoret tapi tak sempat-- so tunggu lain kali-- so sekarang--- dah hampir seminggu Sabri n Fatin trainee dari MSI unikl meninggalkan kami di Guppy Hell~~ [bak kata fatin bukan aku--] dan dah seminggu juga tak menulis disini---

Guess whatt???? Doa aku seperti termakbul--- moga-moga adalah benar--- semalam akhirnya tarikh 28hb april 2010, Rabu-- kami semua jumpa semula dengan adik kami, Fitri--- dia balik sebab cuti--- lepas kami balik makan dan berjalan di Handphone and PC fair-- ada ketukan pintu-- aku agak dah--- dia lah--- seperti yang aku pinta jumpa dengan dia buat kali terakhir cukup--- motif sebenar aku nak ucapkan TERIMA KASIH--- tapi tak ucap lak-- sebab rancak benar dia berbual dengan Fuzack dan aku sambil borak sambil mengadap FB~~~~ atleast aku perlu juga ucap TERIMA KASIH~~~

Di tempat kerja--- macam biasa--- ada up and down-- tapi syok gilerr-- THANX to Najarman [general worker dr nepal--] aku selalu tergelak besar dengar dia cakap dan marah2 orang-- [dalam nada yang lawak bg aku--] gaya dia bercakap pun-- menceriakan suasana-- hehehe--

then balik macam biasa--- mengadap FB mesti setibanya di rumah-- mandi2 siap-- then aku. osman dan jali ke masjid [malam jumaat katakan--] selepas solat ingt ada bacaan yassin-- tapi ada ceramah so dengar lah sampai habis~~~ tajuk-- HURU HARA KIAMAT--- best menghadirikan diri ke majlis ilmu macam nie--- mengisi kekosongan makanan rohani--- memperingatikan diri sendiri-- then balik siap2 kami keluar makan-- tonton ASMARADANA dan PUAKA GUNUNG RAYA~~~ kami balik~~~ esok kerja lahhh--- but Najib and fuzack pergi main SnukkkkKKK-- hehe--- sekian --- nak bersiap untuk tidur kotTTT---

Dia call sewaktu aku sedang menulis blog~~~
aku memilih untuk tidak jawab~~
bukannnya tidak mahu--
bukannya aku lupakan dia---
aku ingat sentiasa dan terfikir macam mana lah keadaan dia--
every baca blog dia dulu baru tidur-- huhuh


~12:09~~
riedz-iedz~~

Saturday, April 24, 2010

UJIAN MUNSYi~~~~~

Lokasi: c-5-4 PPR Kerinchi
Mood: letih baru balik~~~
Tarikh draft: 24 April 2010
Tarikh publish: 05 mei 2010~~


Jam 3.15~~~~ alamak lambat dah--- bergegas aku persiapkan diri, 'grab' semua barang yang perlu dibawah-- bergegas bawa motor ke Jalan Gasing, SMK La Salle, Petaling Jaya-- [guna motor adik aku-- ambil kesempatan lenjan motor baru dia-- hahahha syok]



Ujian Munsyi????? ramai yang tertanya apakah ujian Munsyi ini????? Apa yang aku tahu melalui kajian dan selidikan yang aku lakukan--- hehehe--- ujian adalah lebih kurang ujian personaliti--- dia hendak melihat samada kita sesuai atau tidak dengan kursus yang kita pohon--- walaupun keputusan gempak dan aktiviti koko yang mengganas--- hehe-- tak semestinya kita sesuai dengan kos yang dipohon~~~ itu lah secara ringkas nya



~slip kehadiran aku--- hehehe~~~


10 minit ujian nak bermula aku tiba--- alhamdulillah--- pusing2 juga aku cari sekolah tu-- selamat sempat--- tengok ramai juga manusia-- yang bak kata afat "kenapa aku tengaok dorang semua poyo2 jer--- siap pakai kemeja dengan kasut kulit-- " hahaha-- aku sampai je disitu-- bukan tahu hala tuju pun-- pakai redah pergi dekat tempat yang ramai orang-- then orang sibuk2 aku pun nak sibuk-- nak bertanya mana bilik exam aku-- alik2-- sebelah aku je-- hehehe--



~suasana di kawasan sekolah sebelum ujian bermula dengan gelagat manusia yang bak kata afat-- cam poyo jer-- hehehe~~



tiba time jawab soalan--- soalan yang menduga kesabaran--- macam2 pasal diri kita dia tanya-- jawapan pilihan mostly adalah Ya @ Tidak--- huhuh--- ada soalan nak tergelak aku menjawabnya-- kelakar lahhh~~~~~ hehehe--- then habis je aku semak pastikan semua dijawab kemudian terus keluar berangkat pulang--- huhuhuh



cerita paling menarikkk~~~~ nak balik-- aku tak tahu jalan--- mula2 buat gagah hebat macam tahu jalan-- last2-- aku asyik pusing kat area PJ tue dekat 10minit juga--- pusing2 roundabout-- last sekali--- ambil jalan keluar ke Kuala Lumpur--- jalan yang tak pernah aku ikut pun--- tembus ke NPE Pantai dalam bawah--- straight terus balik rumah--- letih sudah--- fuhhh~~~~



riedz-ryuzak!~~~~
11.48pm~~
050510

Thursday, April 22, 2010

Muhasabah~~~~ Aku yang kerdil----

Masa: 10.00PM

Lokasi: Food court purnama, Perda.

Mood: -- nak duduk makan then draft blog--- hehe


Muhasabah~~~~ !!!!!! Actually boleh dikatakan letih juga hari ini---- kalau badan tak dapat ‘landing’ atas lantai ke.. mesti sakit-sakitlah belakang badan aku ni--- expecially terasa mencucuk-cucuk belakang aku ni—tapi aku tekad kan diri juga untuk menulis diblog aku nie=== [blog yang baru dipermulaan rencanannya—masih mencari pembaharuan dan penambahan yang boleh menarikkan lagi—huhuh]

Dan azan maghrib pun berkumandang--- aku tekadkan dan niatkan diri setiap langkahku untuk ke masjid pada malam jumaat ini hanya kerana Dia—Sesungguhnya sungguh kerdil dan kecil diri aku rasakan pabila berada dirumah Allah---- masih terlalu banyak ilmu agama yang aku tidak tahu--- sungguh aku juga kadang-kala telah sangat jauh aku menyimpang--- mendekatkan diri kepadaNya adalah sebaik ketenangan—selesai solat maghrib--- bacaan yasin aku niatkan kepada kedua ibu bapaku, keluarga, sahabat handai yang aku sayangi, insane yang aku hargai, fadz, adik kami fitri, semua umat islam dan juga diri aku---- dan aku sedar musuh aku—syaitan dan iblis—sentiasa mengoda aku untuk lari dari niat asal aku--- dan aku pohon perlindungan dan petunjuk dariNya--- aminn----

Langkah aku ke masjid juga--- mengingatkan akan—bacaan yasin pertama dan terakhir--- aku bersama adik kami fitri--- tidak aku sangka itu merupakan kali pertama dan terakhir--- antara malam-malam yang telah pelbagai perkara juga berlaku---

STOPP---- perlu makan juga--- hehehe—sebab aku menulis ini semasa aku sedang duduk makan di Food Court Purnama, Perda.--- menu yang di order—nasi lemak biasa dan kopi ais--- menu yang terlebih biasa aku pesan setiap kali makan disini--- sambil menonton cerita –Penunggu gunung raya- di Tv3—mengarut juga cerita dia--- tapi ada moral value nyer sendiri---cuttt~~~

Hari second last day sabri bersama kami--- [trainee dr MSI unikl--] esok last day dia--- huhuuh--- perpisahan lagi--- aku dah lah lemah bab-bab nak hadapi perpisahan ini--- enggak betah lah--- sebak didada—macam tu lah masa mengenangkan adik kami--- walaupun aku bukan yang rapat sangat dan selalu makan dengan dia berbanding Fuzack—tapi aku rasa aku yang paling sedih--- mengalir jugalah air mata aku nie--- huhuhu--- Sabri—walaupun sekejap saja pertemuan kami—tapi dia ternyata memang seorang yang baik—sahabat yang baik---

Anyway--- esok akan pulang ke KL--- buat julung kalinya—hehhe—setelah start praktikal sehinggalah ke tarikh hari ini--- inilah kali pertama aku akan pulang--- itu pun sebab ada Ujian MuNsYI--- cuttt~~~ cerita –ASMARADANA—dah start--- hmm--- nak layan sekejap sebelum balik ke rumah--- esok kerja—another to survive in this life in a way that Allah bless--- [sigh~~~~ tgh syok tgk ASMARADANA--- tuan kedai boleh tukar channel WWF~~~~]


riedz-iedz~~~

Monday, April 19, 2010

Takda mo0d~~ sakit~~ terk3nang~~~

~selasa~
~jam 12.16am [sepatutnya dah rabu--]
~meja stdy comei, kondo bandar perda--


Hari ini memang aku rasa takda mood nak buat kerja kat tempat kerja--- mungkin disebabkan kaki yang sakit--- sakit sebab kena kayap-- kalau mengikut apa yang doktor katakan-- so buat kerja pun alah kadar jer--- malas nak masuk production dan ikut maintenance lain buat kerja-- time rehat paling best-- minggu terakhir untuk kami makan2 lunch bersama sabri-- trainee dr Unikl-- org nya baik-- wajah tenang dan redup--

tiap kali nak berjalan-- bangkit dari duduk-- duduk dari berdiri-- mmg sakit skit ble luka tue kne seluar-- so-- mmg dalam kepala balik nak jumpa doktor tekad amik MC--- bukan sebab malas-- tapi sebab dengn keadaan mcm nie--- nak buat kerja pun ssh-- apa lagi tepat pukul 5 bersiap terus keluar-- hahaha--- destinasi klinik wawasan-- pendek cerita-- setelah cek dan bertengang lidah dgn doktor dapat juga MC--- huhuh--

Ondaway balik keluar jer dari klinik hujan dah lebat--- tekad redah juga-- ondawy tue-- melayang2 juga motor kne tiup hujan n angin~~~ nasib baik tak masuk longkang--- rider yang hebat juga-- alhamdulillah---

dan kakdang kala--- sakit yang aku hadapi seperti merasakan yang ini adalah kifarah dosa yang telah aku lakukan~~~ hurmmm---- moga sentiasa diberi petunjuk dariNya--

Dan dengan secara tiba-tiba~~~ apabila aku tiba di bawah kondo rumah kami--- satu perasaan sayup menyapa--- mengenangkan adik kami di kondo ini--- terdetik dalam hati--- beginikah dulu waktu dia terpaksa menunggu sorang2-- dalam hujan yang lebat dan angin yang dingin--- terbayangkan bayang pada kerusi yang menjadi tempat pertama pertemuan kami semua-- dan tiba waktu maghrib-- aku memandang pada pintu hadapan--- selalu time2 begini-- selepas maghrib pintu kami akan diketuk-- aku sudah tahu itu pasti adik kami-- membayangkan aku membuka pintu dan wajahnya di hadapan pintu--- tapi itu semua hanya bayangan jarum masa-- sudah seminggu die pergi ke PLKN--- harap dia sentiasa dalam lindunganNya-- amin--

dan aku masih duduk seperti benar2 berharap kan ada ketukan-- osman overtime dan jali pulang ke kampung sebentar atas urusan-- manakal najib dan fu z masing2 dalam lamunan sendiri-- huuhuh-- dan aku juga-- pinta -- hanya sekali-- sebelum aku meninggalkan kondo ini buat selamanya-- kerna esok tak siapa akan tahu---


-tamat-
12.48am- sambil on9 fb--


Sunday, April 18, 2010

A new BEGINNING~~~~~


Dengan lafaz Bismillah~~~ satu lafaz penuh makna--- Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang~~~ yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya~~~ satu lafaz yang cukup baik untuk aku memulakan blog aku ini---- semoga setiap bait sentiasa diberkati dan dalam perlindunganNya---

seperti mana juga aku sentiasa menyayangi mereka-mereka yang penah, telah dan akan hadir dalam hidup aku--- kehadiran yang membawa pelbagai pengertian--- mengajar pelbagai makna--

Dan Assalamualaikum juga sebagai pembuka bicara dan pengenalan kata buat semua--- awalan sapaan pada setiap pertemuan-- dan juga perpisahan----

Perpisahan~~~ baru sebentar tadi berbual dengan seorang sahabat difacebook mengenai perpisahan~~~ tetapi tidak ada apa untuk di katakan disini pada awal ini--- hanya mukadimah bagi mengisi blog aku ini--- assalamualaikum----