BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

:: Prolog- Hilang Arah ::

Semalam... bersamaan tarikh 28 November 2010... 
akhirnya jadi juga tengok wayang...
Harry Potter and The Deathly Hollows...
Bersama Fasihah... Thanx sebab sudi teman aku...

Tapi yang aku ingin monologkan bukanlah kisah...
berjalan sakan sampai ke malam....
bershopping sakan sampai terlebih-lebih...

Thanx seha teman aku sampai habis walaupun....
Kau sendiri sedar aku sedang bersedih...
Walau hakikat aku berkata...
"Kau tak payah risau pasal diri aku...."
"Aku tahu macam mana nak gembirakan diri sendiri..."
Kau cuba juga menenangkan aku dengan kata-kata kau...
Thanx sangat...  

Seha balik jer... aku pergi ke tempat kerja...
Jumpa Inra... Kemudian jumpa Faizal...
Aku nak balik dengan Faizal... memandangkan jalan kami sehala....
Aku takut nak balik seorang...
Aku takut hilang arah....
Aku takut tak jumpa jalan pulang....
Aku tak tahu nak buat apa... 
Aku betul-betulkan petunjukNya....


"Sabar Rizman... ada hikmahnya...."
Kata-kata Seha.. dan juga kata-kata hampir segenap orang...
Tapi apa yang aku perlukan adalah tangan....
Someone that will hold my hand....
Guide me through this darkness....

Ondaway balik dengan Faizal... Sanggup aku tunggu sampai 11.15pm..
Baru balik... Atleast aku tahu ada seseorang disisi aku....
Sekurang-kurangnya buat masa itu....


p/s : Inra--- sebenarnya aku tak tengok result UiTM semalam... cuma tak sanggip bagitahu kau...

p/s ii : sambil tulis blog sambil mengesat air mata... 'Mana pergi diri kau Rizman...'


riedz----


 
  
 
 

:: Klimaks- Hari Ini Dalam Sejarah [part I] ::

Hari ini dalam sejarah... bersamaan 29 November 2010... 
AKU PONTENG KERJA....

Muhammad Rizman bukanlah seorang yang pemalas...
Suka-suka ponteng kerja....
Hari Preview day Metro bulan Julai...
Walaupun demam tetap pergi kerja...
Memikirkan baru bekerja...
Memikirkan itu tanggungjawab....

Aku adalah seorang yang Stream Jewel Type II [sesiapa yang dah pergi program KPKK Kelab SANTUN akan tahu...]

bukan seorang yang senang-senang mengambil ringan tanggunjawabnya...
Pergi ke sekolah walaupun masih demam...
Pergi ke kuliah walaupun masih demam....
Tapi hari ini kenapa ponteng kerja... Sebab apa...
Pergi meeting kelab... Tidak...



Seseorang yang bertindak seperti bukan dirinya....
Sudah pasti sesuatu telah berlaku...

Aku bangun dari tidur untuk bersiap ke tempat kerja...
Melihat laptop aku yang tak tertutup dari semalam...
Akibat tertidur keletihan balik lambat.. 
Aku bukak semua acct sosial web aku sekejap...
Satu kata-kata terpacul dalam kepala...
"Kenapa korang buat aku macam nie..."
"Kenapa korang men gurau condem pic aku..."
"Korang ingat aku seiapa..."
"Begitu mudah korang pandang rendah aku...."


Terus air mata aku mengalir....
Segera aku ke bilik air untuk mandi...
Tetiba aku sebak sangat dalam bilik air...
Air mata aku terus mengalir bersama air pancur...
"Rain drops or tear drops"
Terus aku keluar dari bilik air...
dan mesej Abang Asri yang aku tak mampu untuk ke tempat kerja...
Dalam keadaan aku yang sekarang....
Aku sangat tertekan...
Sekelip mata... Keyakinan aku musnah...
Aku telah kehilangan diri aku "Muhammad Rizman"
Sekali lagi setelah trauma yang melanda 5 tahun yang lalu... 
  
riedz~~~~



 

Monday, November 15, 2010

:: Saya Risaukan Dia- Kenapa Dia Begini~~~!!!! ::

Saya risaukan dia... serius taw... nie bukan main-main.... macam mana keadaan dia tinggal sorang-sorang... Ada ke yang menemani dia... ???? Harap tak sesiapa yang akan cuba apa-apakan dia.. Serius risaukan dia... Takut tak dapat fokus kerja dalam 2 hari akan datang sebab risaukan dia...




Hari ni keluar staff entrance pukul 11pm.. sampai je tempat parking. Ada motor yang parking rapat giler dengan motor aku sampai aku nak bawa keluar motor pun memang payah giler... Sampai aku carut* [carut tidak semestinya anda mengeluarkan kata2 yang kesat... ini adalah bahasa kami untuk mengkelaskan perkara tertentu bagi kami di Metro..- penerangan sebentar] kat motor tue...




Then nak start jer motor... boleh... lampu meter semua on... tapi nak start je enjin tarik brek tekan start...
Hmm.... terpadam lampu meter bersama bunyi macam bunyi "trip"




Amik kau... motor tak boleh start walau dah cuba kaedah manual... Dia buat hal lagi.... Apa lagi dia nak dari aku.. aishhh... bulan lepas minta tayar baru nak drift senang... Nie dia buat hal lagi....






Tersadai motor aku kat parking~~~~ aishhhh....










Macam manalah nak buat nie~~~~ hari ni kena naik public transport jer... risau pula semalam parking biar kar situ jer... Dah lah malam dorang tutup lampu parking semua...






Tengok punya teruk.... tengah try2 untuk start manual... Sampai tapak kasut aku pun tercabut.. sedih betul aku.... Terpaksa hari ni beli kasut baru..... Aiyooo....


Tengah cari jalan juga macam mana nak bawa tunda balik motor nie.... esok preview day balik pukul 12 malam....  hmm.....






riedz~~~







Friday, November 12, 2010

:: LAH TAHZAN ::

Saya......

              S.E.D.I.H~~~~

...........................................................................


Feeling Down,,,,,,

         DEPRESSED.

   Lonely.....  
                       FATIGUE 

alone... 
                  Forsaken
                            forgotten.... 

    SADNESS
              UNCERTAINTIES
                        and 
                            Fear......  

If I spread my wings,,,,
                                          

Flying~~~

Will I find a place for me?????
...................................................

  "Manusia tidak jemu memohon kebaikan, 
dan jika ditimpa malapeta mereka berputus asa dan hilang harapan"
(41:49)

"Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh"
(70:19)

"Apabila dia timpa kesusahan dia mengeluh kesah"
(70:20)

"Dan apabila mendapat kebaikan dia menjadi kikir"
(70:21)

"Kecuali orang-orang yang menunaikan solat"
(70:22)

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman"
(3:139) 

Katakanlah "Wahai hamba-hambaku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri,
jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya* Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(39:53) 

*Allah mengampunkan semua dosa kecuali syirik. (4:48)

"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)"
(53:42)

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"
(53:43)

"Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan"
(53:44)

Sadaqallahul' azim [Benarlah Yang Maha Besar]



dakara, Lah tahzan
                  don't give up----
        kerna......
                       hidup tak sentiasa indah~~~~
                                kadang-kadang kita akan terjatuh....
                                Jangan mudah PUTUS ASA.

      harus berusaha untuk....
                                       BANGUN KEMBALI.....

Orang-orang beruntung = Hari ini lebih baik dari semalam. 
Orang-orang rugi = Hari ini sama saja dengan semalam.
Orang-orang celaka = Hari ini lebih buruk dari semalam.


SO, which one am I????

                     I decide!      [marilah menjadi Muslim yang lebih baik]


riedz~~~ 

Thursday, November 11, 2010

:: Kamu!! Sila Hentak Kepala Dekat Dinding [Confession 2] ::

Hahahahahah~~~~~ kahkahkahakahhhhhh---- [Bergelak ketawa]
Kui3~~~ huhuh---- [senyum-senyuman]
hmmmmm---- [straight face]
aigoooo~~~~ [sigh]
sob3~~~ [glommy face]
--topeng-topeng muka untuk menjalani kehidupan...
rasa macam nak hentak kepala aku kat dinding jerr..
[bang my head to the wall] 


Semalam tidur lewat sangat pukul 5.00 am....
Tengok cerita Jepun.. Best sangat cerita tue. 
Walaupun masuk kerja morning pukul 9.30 am...
Daripada morning tetiba jadi fullday atas beberapa sebab...
Kepala pinar pagi-pagi mungkin sebab tak cukup tidur...
Kena ajar cashier baru pula tue...
Pissed off dengan cashier baru sebab bajet macam bagus...
suka-suka buat statement pasal aku padahal kenal aku pun tidak...
[tapi sekarang takda mood nak jadi mulut puaka kat orang...]



Tetiba macam... kenapa jadi macam nie... Ya Allah aku sangat down giler.. Aku tak faham.. Sangat tak faham dan tak mengerti... Di saat anda baca ni. Saya merasa anda sangat bertuah. 

Tiba-tiba rasa nak menangis. Tapi tiba-tiba nie bersebab. Permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke UTHM tidak berjaya.. Adalah dimaklumkan tidak berjaya.


Permohonan Najib berjaya.. Tahniah aku ucapkan. Rezeki kau. Selamat berjaya sahabatku. Inilah yang kau tunggu-tunggu. Semoga kau dapat lakukan yang terbaik seperti biasa. Kirim salam kat Suhaimi dengan Dilla kalau kau jumpa dorang nanti. Cakap kat Suhaimi, aku rindu dia. Time together-gether dengan dia.

Ada tak orang yang betul-betul faham macam mana aku rasa. Even UTHM pun tolak permohonan aku. Tiba-tiba teringat famili SANTUN. Rasa macam bertuahnya korang. Tapi itu semua rezeki korang. Korang yang telah berusaha dengan gigih, so korang berhak mendapatnya. Dan rasa malu dan rendah diri dengan diri sendiri. Tapi teringat pesan Kak Aisyah minggu lepas. "Dik, memang kadang-kadang kita rasa rendah diri,---- [dan banyak lagi Kak Aisyah kata]........ last words... "Jadi diri sendiri, jangan jadi orang lain"

Kak Aisyah seperti faham apa yang di fikirkan. [Thanx kak~~~Jazakallah] 
Semalam tengok cerita Jepun tue dalam satu babak

"Mulai sekarang.... hiduplah untuk diri sendiri... Jangan hidup untuk orang lain"

Aku suka setiap kata-kata dalam cerita tue. Quote dia banyak. Sangat best.



      
:: IC di blurkan langkah berjaga-jaga~~~ :: 



Kalau berita mcam nie normal lah bagi aku.. Aku takkan cerita kepada famili aku... Sedangkan orang lain akan berkongsi saat suka atau duka bersama famili. Tapi bagi aku, duka aku biarlah aku tanggung seorang. Tak perlu lagi aku bebankan famili aku yang dah banyak berkorban. Kalau aku tak boleh sukakan dorang. Baik aku jangan tambah dengan duka aku. Tuptup nanti dorang aku taw juga seperti macam masa-masa lalu. Tapi waktu itu semua dah berlalu. 
 

[sambil tersengguk-sengguk tulis blog--]


Sekarang  aku hanya tinggal tunggu keputusan daripada UiTM saja. Aku taknak cakap banyak. Sebab takut sangat... 


Tapi... langkah yang tunduk ini akan terus melangkah.
Melangkah sehingga mampu mendongak.
Melihat langit begitu luas. Mesej dari Faizal  "....... tapi aku yakin kau tabah hadapi semua ini...."  

Aku takkan berputus asa. [Macam pesanan Kak Aisyah]. 
Walaupun aku jatuh. Bukan jatuh tertunduk.Tapi jatuh tertiarap sekali pun.
Aku akan tetap perlu bangun.
Walaupun payah. Hidup takkan berakhir dengan mudah.
Aku tanam dalam diri. Ada sesuatu Dia Yang Maha Kuasa.
Ingin tunjukkan kepada aku.
Baik atau buruk. semuanya adalah takdir.
Sebagai ganjaran Atau khafarah.



riedz~~~~


 

Sunday, October 24, 2010

:: Langkah Yang Tunduk ::


:: sinari setiap langkah ini menjadi langkah dengan hati sebesar kolam ::



ehhhh.... kenapa aku macam kenal jer... yelah... cikgu aku... lepas jer serve customer aku.. terus beredar belakang sikit sembang dengan Ros.. kebetulan die ada.. so aku pun minta maaf sebab langsung tak tegur die lepas die sebut kat aku bende yang paling aku PANTANG...

yerr.. macam cakap sahabat aku... dia tak bersalah sebab die tak tahu apa... hmmm...
selamat Ros ada... peluang untuk minta maaf dan juga untuk elakkan kan diri daripada cikgu aku... mungkin ada yang cakap aku nie anak murid yang derhaka... buat2 tak kenal cikgu.. dan for sure cikgu aku pun beranggapan yang sama... yerr.. aku salah.... letakkan nya atas aku...


tapi aku tak sanggup berdepan dengan kedaan aku yang macam nie... sebagai seorang cashier... bukannya student di Universiti atau seorang yang bekerjaya yang mantap... honestly malu dengan diri sendiri...

sepanjang perjalanan hidup aku pun.. banyak aku kumpl bende yang boleh menampakkan dri aku... setelah saban masa hanya di pandang rendah.. faham tak perasaan di pandang rendah.. smpaikan taknak bagi orang lihat keadaan diri yang lemah....

yerrr... sebab tue masa awal2 aku kerja.. aku boleh2 rahsia dari semua... dari famili DMK... famili Santun... kawan2... kenalan... apa aku kerja.... hanya cashier di Metro... seorang yang tak dapat sambung belajar.... mencari rezeki di sini semntara menunggu masanya kan tiba....

bukan berfikiran negatif.... tapi ini adalah kerana for sure anda tak mahu tunjukkan diri anda yang lemah depan orang... walau susah biar laluinya....


----- lalu 6.08pm.. dinner break----

jalan aku melangkah.... terus aku terfikir dengan sikap aku yang mengelakkan diri...
sambil...

kemana kaki aku akan melangkah....
atau kemana langkah ini akan membawaku....
di masa-masa mendatang.... ia tetap terus jua melangkah...


seperti bait2 dipost rakanku... ini hidup... langkah bukan sebarangan saja.... silap tak boleh patah balik... terus melangkah... membuka pintu exit ke bahagian Mall...

sepertinya membuka pinta ke dunia2....
dunia yang perlu ditempuhi....
adakah pintu yang dibuka itu berbaloi???

meneruskan langkah... menaiki tangga bergerak....

atau seperti hanya mengikut arus saja..
andai terhenti arus akankah berhenti saja...????
seperti tangga bergerak yang tiba-tiba berhenti...

melangkah dalam rona2 hidup... sambil terus berfikir...

dalam setiap langkah....
dalam ribut manusia...
dalam lautan manusia....
pasti ada sedikit kekuatan di temui.....

dan menuruni tangga bergerak menuju lower ground tempat makan....

akankah masuk menuruni ke lembah gaung...
jatuh berdiri... atau terduduk...


tiba di kedai makan.... [Mcd]


menghelakan nafas..
mencari hiburan [makanan]..
alasan menghilangkan resah...
semua hanya semntera...
itulah dunia....


sisa makan di tangan di basuh.....


seperti menghilangkan segala rasa yang berbaki...
bagi membina tapak bagi langkah....


langkah pulang dalam renyai hujan...


gerimis yang hanya mengingatkan....
langit tak selalu cerah...
pelangi bersinar selepas hujan....



........................................................



baik---- teruskan melangkah.... dalam kata... dalam iman.. jangan tersungkur..
andai tersungkur.. paut pada ranrai2 semangat.... seperti mana semangat awie.. [suka baca blog anda...]

sampai masa... langkah tunduk akan bangun.. langkah dengan jiwa yang besar... aku pasti..



riedz-------

[apa yg di zahirkan pada kata ini belum ternyata semua... pembiacaraan dengan hati adalah spenuhnya... ]





Saturday, October 23, 2010

:: LAH TAHZAN RIZMAN--- ::

::------::

argghhhhhh~~~~~ siyes~~~~~ aku tekanan giler dah.... lepas satu.. satu bende jadi.. berlaku.. terjadi... terpaksa menghadapi.... sehingga aku betul2 tak tahan... terus aku call kay....

"Hello, Assalamualaikum... kau tengah buat ape....."

"tengah baca novel---- hahhh ceritalah...."

"sebenarnya yang petang tadi takda ape... tapi tadi baru terjadi satu benda..."

zassssssssssss---------------- terus buat luahan... cerita apa yang dapat yang diceritakan.... lepaskan apa yang dapat dilepaskan.....


sesungguhnya sangat tekanan bila benda macam nie berlaku... menanggung atas diri sendiri.... Ya Allah... sesungguhnya Kau betul-betul sedang menguji aku... dari berbagai arah.... Aku mohon kuatkan diriku....


Tetiba macam persoalkan kenapa benda nie hilang.. kenapa tue terjadi..
perlu buat nie.. perlu cover nie.. perlu bayar nie... arghhhh..... [sambil dengar lagu Muhasabah Cinta sambil menaip..]


aku siap boleh buat iklan--- 'Ada sesiapa nak bunuh saya tak?????" -----

"Rizman...... tolong jangan fikir negatif okay.... yayyy.. memang benda nie nak terjadi... dan kita kena terima.... bila benda nie jadi.. kau jadi tekanan.. lepas tue kau fikir negatif... lagi tambah teruk keadaan kau.... .....-------- heyyyy... kau fikir short sangat----"

kata-kata dari kay----

"aku faham keadaan kau.... tapi kau perlu belajar terima... mungkin ada hikmahnya..."

"tapi apa hikmahnya... aku tak nampak...."
Subhanallah.. Ya Allah ampunkan aku atas kata-kata yang aku ucapkan... sesungguhnya aku sangat lemah....



"ada hikmahnya... cuma masa kebaikannya belum tiba lagi....."


"Tuhan..... kuatkan aku.. lindungiku dari putus asa" [tetibe tepat2 lirik dari lagu Muhasabah cinta kedengaran....



"Ya Allah... Kuatkan aku untuk terus melangkah dalam jalanMu...."



Apa yang aku rasakan seperti.... seorang yang sudah jatuh ditimpa tangga... tergolek-golek atas jalan raya... kena langgar lori terhumban masuk gaung..... digigit serigala hutan pula... hmm....


aku bukan nak mengata yang nasib aku sangat malang... ada orang lagi malang dan ditimpa pelbagai dugaan.... aku hanya mengekspresikan betapa aku rasa tertekan....
"Ya Allah... kuatkan aku untuk terus berpegang kukuh.... jangan biar aku tersungkur"





Ini semua adalah ktentuanNya.... aku perlu kuat.... walau teruk macam mana pun aku jatuh tersungkur walaupun sampai berdarah sekali... tangan aku menahan.. kaki aku angkat... aku perlu jua bangun... terus melangkah... melangkah lagi... mencari keredhaanNya... sesungguhnya Dia sedang berbicara dengan aku tentang sabar.... Ya Allah----




"Ketika musibah menimpa. bencana melanda
dan tragedi terjadi. mereka yang tertimpa akan selalu
berseru : "Ya Allah!!"

"Ketika bumi terasa menyempit dikerana himpitan persoalan hidup
dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat
kehidupan yang harus dipikul.
menyerulah : "Ya Allah!!!"

"Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini
dengan kesenangan, jadikanlah kesedihan itu awal
kebahagian dan sirnakan rasa takut ini
menjadi rasa tenteram"

"Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini
kepada cahayaMu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus.
Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMu
merapat ke hidayahMu"

"Ya Allah. sirnakan dari kami rasa sedih dan duka,
dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung
kepadaMu dari setiap rasa takut yang mendera"

lah tahzan----


aku berdoa dan harap sangat esok keputusan akan memihak kepada aku....
kalau tidak.... sangat-sangat kuatkanlah hati ini untuk segalanya.... segalanya....


riedz~~~~~

Sunday, October 17, 2010

:: Berat Bahu dan Mata ::

Bahu berat... mata berat mengantuk pula... huhuh... actually nothing related pun... just berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....

fuhhh.... letih taw tak... seminggu lebih tanpa cuti.... last cuti adalah jumaat lepas.. then selasa minggu depan nie baru cuti... hari2 yang sibuk dan letih....

hmmm.... hari nie... rasa berat mata memandang... tapi bahu yang memikul mesti lagi perit... actually... seorang customer foreigner hilang anset die... merata satu Metro die cari... customer lebih kurang arab wanita...

masa aku masuk rehat-- "are u sure I didn't left my handphone here---????"
aku baru masuk rehat kot... mana aku tahu.... then pukul 8 nak pergi solat maghrib... Ya Allah ada lagi customr nie tgh cakap2 dengan security.... kesian aku tengok....

yessss.... aku sangat faham bagaimana perasaan die... dan mungkin die lebih teruk.. sebab datang ke negara orang @ bermautastin di negara orang... then suddenly anset hilang.... aishhh....

aku teruskaan langkah je ke surau... selesai solat mohon sentiasa di bimbing hati aku dan kami... then sematkan juga moga customer tue ketemu dengan anset die... kalau lah dah ada manusia yang ambil dengan niat ingin mencuri... memang takda perasaan gila... sebab lately jadi lagi.. promoter laki hilang wallet dua hari lepas... aishhh....


----------------------------------------------------------------

then closing timeeeee------ make it short---- dah siap sembang2 dengan faizal kat luar cashier room pasal die tak puas hati dengan seorang cashier yg baru tp dah sebulan lbh yang suka ambil mudah.... then change topik... bukak cite customer tadi..... rupanya customer tadi tertinggal anset die kat surau di Jusco--- selamat jumpa balik.... semuanya kuasaNya... kalau tak berat lagi bahu memikul...

--------------------------------------------------------------------------------


astaghfirullah------- terus aku ucapkan tiap kali bila aku melakukan tindakan dan ucapan yang berbeda.... tekanan... tapi perlu belajar kawal semuanya... hmmm..... sedang orang memerlukan aku... harap aku dapat berada dalam keadaan yang aku dapat lakukan dengan baik... hopefully...

sorry for my harsh words again yesterday.... i mean it... minna~~~~

riedz~~~~~~

Friday, October 8, 2010

Mind Over Matter = Jumaat Yang Barakah

Tik..tok....tik...tok.....

aishhhh.... atlast offday [macam dah lama tak cuti pula....]

at first mula-mula ingat nak pergi Mid pada sebelah petang selepas solat jumaat... tapi rasa malas letih petang-petang baru nak keluar.... so apa lagi..... jam 11 lebih dah bersiap terus ke Mid naik Nouvo S ku...

Hari nie keluar sensorang jer... tak berteman... huhuhu.. sob3~~~ tapi takpalah normal dah... aigooo....

sampai jer terus pergi atm keluar duit then terus ke Paris Miki... ambil speck akak cermin mata baru aku.... yeayyyy--- very clear sudah.... then singgah ke Mcd beli french fried large size ngn sundae coklat--- take away~~~~
then terus bergerak ke maxis centre untuk buat simcard replacement kepada no aku yang telah hilang akibat anset yang dicuri--- =.="""

:: Pic hiasan semata-- macam mana nak ambil gambar... anset takda dah =.="" ::

so tak boleh ambil gambar takdapat lah memaparkan kesemartan speck baru... kui3~~~





balik then terus siap2 untuk solat jumaat.... hmmm.... aku rasa best Khutbah jumaat hari nie... Mengenai nafsu dan menghadapi segala cubaan dalam hidup.... sedikit sebanyak membuka mata aku.. dan apa yang lebih aku inginkan... membuka hati aku... untuk lebih tabah.... sabar.... dan tetap kuat pada taliNya walau apa yang berlaku....

jauh sudut hati aku jua percaya... Dia masih sayangkan aku.. sebab itu aku diuji dengan pelbagai perkara.... Dan Dia sentiasa Maha Menyayangi hamba2 Nya.....

Bimbing aku yukkkk------


riedz-----


[petang renovate2 blog sikit2--- huhuh.... sedang cbe upgrade lg..]

Monday, October 4, 2010

:: Cukuplah--- aku tak sanggup- ::

Ya Allah---- ujian apa yang Kau timpahkan.... sesungguhnya aku hamba yang sangat lemah... kenapa banyak sangat benda berlaku....

hakikat luaran semua orang nampak aku biasa saja... dalam siapa yang tahu....

C****a-- ci**nat punya orang--- ^%$@#^%&^%&----- kenapa handphone aku jugak ko nak curi... ko nak curi pun tinggalkan lah sim card aku.... bangang ape ko nie... sangat tak bertamadun dan tak punya perikemanusiaan..... takda maruahnya manusia... tak pergi sekolah ker... famili ko tak ajar ker.... bengang nye aku....

Ya Allah... tabahkan lah dan sabarkan aku dalam hadapi semua ni... macam2 Kau tunjukkan... apakah hikmahnya... nak simpan duit pn tak dapat kena beli anset baru...

tekanan yang tak dapat di zahirkan... aku terlalu pendam ker... smpai aku cm biase jer walau macam2 berlaku... smpai ada yang cakap... "ehhh... ko bleh gelak2 cm xde ape jer..."

aku nak anset aku balik.... banyak mesej2 peribadi di dalam... banyak picture yg aku blum upload kat laptop...

strugle giler2---- minta kat cashier room nak naik MVEC... dpt elaun seminggu 250--- tp takda sorang pun cashier dpt naik sbb time tue preview day Metro... n orang HQ yg naik... orang Hq yang bangang2 bukak kaunter senang2 dapat duit banyak....

tak dapat naik MVEC--- daripada esok aku morning aku minta fullday--- sebulan nie nak fullday jer--- apa lagi nak buat--- kena guna duit jgak kalau nak beli anset baru....

really need sumone---- nak pinjam bahu sesape....

[taknak bagi tahu mak aku.... biarkan je dulu... hnya cerita kat adik aku jer... tue pun suh dia rahsiakan..]














nie lah anset yang hilang--- sony ericson c901 Royal Black colour---

aku nak anset aku...... :(

Ya Allah kuatkan aku atas taliMu... tunjukkan aku hikmahnya----



riedz~~~~