BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Manis+masam+masin+tawar= Hari yang ada macam perasaan---

Rabu~~ 11:53pm~~ [mula menaip--] lokasi: Meja study + bilik aku~~


Assalamualaikum blogku~~~ hari ni kan aku nak bercerita kepada engkau, tulus dari hati aku-- tapi belum 100% lagi... Hari aku letih bangun pagi nak pergi kerja-- rasa nak MC jer-- tapi tak baik.. so aku tetap bangun semangat nak pergi kerja-- turun jer dari kondo ada anak kecil/budak kecil/budak yang comel--- comel sangat-- geli hati tengok dia--



~comelnya--- ~~~


Hari nikan-- di tempat kerja sepanjang hari hanya buat Monthly Expenses Report for maintenance untuk bulan April--- sampai OT balik pukul 8pm--- Mata bengkak-- taktaw la sebab kena kayap @ sebab biasa yang lain--- tapi minta sangat jangan sebab kayap-- sebab dengar ehh-- bukan melalui pembacaan kalau kena kornea mata-- boleh buta--- Ya Allah-- adakah ini kifarah dosa bagi aku--- terdetik dalam hati--

Selepaskan blog-- aku balik-- singgah makan kat tempat makan biasa dengan menu aku yang biasa-- Nasi lemak telur dadar dan Kopi ais~~~ then balik on9+ mandi+ solat= on semula selepas tue--- suddenly ada sahabat lama yang datang ke rumah--- hmmm--- perasaan jadi tak sedap semula-- tak suka dan malas nak fikir-- tidak mengapalah blog-- kalau aku bagi dorang hanya kawan atau sahabat yang biasa saja-- ofcourse kekadag aku terasa-- dorang macam ada group dorang-- nama GGD-- so aku fikir2-- memang patutlah dorang2 semua saling lagi rapat berbanding aku nie-- hmm--- tapi aku sayang dorang taw blog-- cuma mungkin macam tak nampak @ mngkin nampak macam aku lebih pentingkan diri--- tapi aku selalu berdoa untuk kami semua--- kalau buat plan tanpa @ tak beritahu aku-- hmm-- ok-- aku cuba faham-- pada hakikatnya aku terasa-- [lantak aku lah nak terasa-- aku ada perasaan-- siapa rasa nyampah- ada aku kesah--] hmmm--- tanpa dorang --- ntak taw la--- oleh itu-- aku nak diri aku belajar-- penggantungan tahap tertinggi hanyalah kepadaNya~~~ Y Allah bimbing dan didiklah hatiku--

selepas tukan blogku--- dia call aku tadi-- memang aku seperti langsung tak berkata apa2-- sebab aku tak nak bila endingnya-- kami misunderstanding/ miscomunication-- [dia tue orang yang sangat sayang aku---]


aku nak tidur-- esok kerja-- perlu rehat juga kalau tak badan aku juga yang niaya-- kesian kat aku--


riedz-iedz~~
12:08am~~

Thursday, April 29, 2010

Seminggu Berlalu- Doa!!!!!-

~Khamis~~~
~Jam 11:55pm~~~
~B-3-6, Kondominium Mutiara~~~

Mengagahkan diri untuk menulis~~~ hehehee--- selalunya aku akan mengadap FB sampai la waktu mamcam ni selepas tu masuk tido--- huhuh -- hurmmm actually banyak yang nak dicoret tapi tak sempat-- so tunggu lain kali-- so sekarang--- dah hampir seminggu Sabri n Fatin trainee dari MSI unikl meninggalkan kami di Guppy Hell~~ [bak kata fatin bukan aku--] dan dah seminggu juga tak menulis disini---

Guess whatt???? Doa aku seperti termakbul--- moga-moga adalah benar--- semalam akhirnya tarikh 28hb april 2010, Rabu-- kami semua jumpa semula dengan adik kami, Fitri--- dia balik sebab cuti--- lepas kami balik makan dan berjalan di Handphone and PC fair-- ada ketukan pintu-- aku agak dah--- dia lah--- seperti yang aku pinta jumpa dengan dia buat kali terakhir cukup--- motif sebenar aku nak ucapkan TERIMA KASIH--- tapi tak ucap lak-- sebab rancak benar dia berbual dengan Fuzack dan aku sambil borak sambil mengadap FB~~~~ atleast aku perlu juga ucap TERIMA KASIH~~~

Di tempat kerja--- macam biasa--- ada up and down-- tapi syok gilerr-- THANX to Najarman [general worker dr nepal--] aku selalu tergelak besar dengar dia cakap dan marah2 orang-- [dalam nada yang lawak bg aku--] gaya dia bercakap pun-- menceriakan suasana-- hehehe--

then balik macam biasa--- mengadap FB mesti setibanya di rumah-- mandi2 siap-- then aku. osman dan jali ke masjid [malam jumaat katakan--] selepas solat ingt ada bacaan yassin-- tapi ada ceramah so dengar lah sampai habis~~~ tajuk-- HURU HARA KIAMAT--- best menghadirikan diri ke majlis ilmu macam nie--- mengisi kekosongan makanan rohani--- memperingatikan diri sendiri-- then balik siap2 kami keluar makan-- tonton ASMARADANA dan PUAKA GUNUNG RAYA~~~ kami balik~~~ esok kerja lahhh--- but Najib and fuzack pergi main SnukkkkKKK-- hehe--- sekian --- nak bersiap untuk tidur kotTTT---

Dia call sewaktu aku sedang menulis blog~~~
aku memilih untuk tidak jawab~~
bukannnya tidak mahu--
bukannya aku lupakan dia---
aku ingat sentiasa dan terfikir macam mana lah keadaan dia--
every baca blog dia dulu baru tidur-- huhuh


~12:09~~
riedz-iedz~~

Thursday, April 22, 2010

Muhasabah~~~~ Aku yang kerdil----

Masa: 10.00PM

Lokasi: Food court purnama, Perda.

Mood: -- nak duduk makan then draft blog--- hehe


Muhasabah~~~~ !!!!!! Actually boleh dikatakan letih juga hari ini---- kalau badan tak dapat ‘landing’ atas lantai ke.. mesti sakit-sakitlah belakang badan aku ni--- expecially terasa mencucuk-cucuk belakang aku ni—tapi aku tekad kan diri juga untuk menulis diblog aku nie=== [blog yang baru dipermulaan rencanannya—masih mencari pembaharuan dan penambahan yang boleh menarikkan lagi—huhuh]

Dan azan maghrib pun berkumandang--- aku tekadkan dan niatkan diri setiap langkahku untuk ke masjid pada malam jumaat ini hanya kerana Dia—Sesungguhnya sungguh kerdil dan kecil diri aku rasakan pabila berada dirumah Allah---- masih terlalu banyak ilmu agama yang aku tidak tahu--- sungguh aku juga kadang-kala telah sangat jauh aku menyimpang--- mendekatkan diri kepadaNya adalah sebaik ketenangan—selesai solat maghrib--- bacaan yasin aku niatkan kepada kedua ibu bapaku, keluarga, sahabat handai yang aku sayangi, insane yang aku hargai, fadz, adik kami fitri, semua umat islam dan juga diri aku---- dan aku sedar musuh aku—syaitan dan iblis—sentiasa mengoda aku untuk lari dari niat asal aku--- dan aku pohon perlindungan dan petunjuk dariNya--- aminn----

Langkah aku ke masjid juga--- mengingatkan akan—bacaan yasin pertama dan terakhir--- aku bersama adik kami fitri--- tidak aku sangka itu merupakan kali pertama dan terakhir--- antara malam-malam yang telah pelbagai perkara juga berlaku---

STOPP---- perlu makan juga--- hehehe—sebab aku menulis ini semasa aku sedang duduk makan di Food Court Purnama, Perda.--- menu yang di order—nasi lemak biasa dan kopi ais--- menu yang terlebih biasa aku pesan setiap kali makan disini--- sambil menonton cerita –Penunggu gunung raya- di Tv3—mengarut juga cerita dia--- tapi ada moral value nyer sendiri---cuttt~~~

Hari second last day sabri bersama kami--- [trainee dr MSI unikl--] esok last day dia--- huhuuh--- perpisahan lagi--- aku dah lah lemah bab-bab nak hadapi perpisahan ini--- enggak betah lah--- sebak didada—macam tu lah masa mengenangkan adik kami--- walaupun aku bukan yang rapat sangat dan selalu makan dengan dia berbanding Fuzack—tapi aku rasa aku yang paling sedih--- mengalir jugalah air mata aku nie--- huhuhu--- Sabri—walaupun sekejap saja pertemuan kami—tapi dia ternyata memang seorang yang baik—sahabat yang baik---

Anyway--- esok akan pulang ke KL--- buat julung kalinya—hehhe—setelah start praktikal sehinggalah ke tarikh hari ini--- inilah kali pertama aku akan pulang--- itu pun sebab ada Ujian MuNsYI--- cuttt~~~ cerita –ASMARADANA—dah start--- hmm--- nak layan sekejap sebelum balik ke rumah--- esok kerja—another to survive in this life in a way that Allah bless--- [sigh~~~~ tgh syok tgk ASMARADANA--- tuan kedai boleh tukar channel WWF~~~~]


riedz-iedz~~~