BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 12, 2010

Hari hujan dan kisah pada hari hujan::::

~9.36pm~
~sambil menaip sambil menahan sakit~~


Moga hari ini lebih baik daripada semalam~~~~ itulah doa untuk hari ini---- masih terbayang-bayang lagi kejadian petang tadi terutama waktu aku nak tidur untuk lelapkan mata--- seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku-- [takkan sebab seluar favourite koyak je kot-]

hmm-- tapi aku harus belajar untuk lebih redha dan sabar--- semua ini adalah ujian daripadaNya--

~Kejadian petang tadi~

sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar Muhd Ashrap (apek) kawan di tempat kerja balik ke rumahnya--- aku pun bergerak ikut jalan dalam yang diberitahu yang akan tembus di jalan desa damai--- actually sebelum tu kami dibelanja makan oleh VJ. Aru- supervisor di bhagaian Maintenance memandangkan hari ni hari terkahir kami praktikal di situ secara tak rasminya--- ok-- sampai tembus juga kat jalan desa damai dah dekat nak sampai--- setiba di jalan menuju perda [tempat tinggal aku--] jalan yang merentasi jalan keretapi-- dan jalan tu memang sentiasa jammed terutamanya waktu2 hujan macam ni-- ok-- mencilok2 seperti nak balik cepat sebab jam dah hampir pukul 4 petang-- bas didepan dan kereta dibelakang-- jalan yang sempit-- pokok tepi jalan yang meruntai sampai hampir ke bwah jalan raya--- kelajuan ditingkat sedikit ikut laluan tepi kiri bas-- tunduk untuk elak dedaun pokok yang meruntai--- runtaian pertama lepas-- runtai kedua lepas then--- Ya Allah~~~~ tu je dalam kepala aku-- motor hilang kawalan lepas lpasi runtaian kedua dedaun pokok-- dengan bahu jalan yang tinggi dari kaki rumput ke longkang--- TERSUNGKUR-- aku jatuh bersama motor-- Alhamdulillah-- aku fikir2 nasib baik tak masuk longkang-- then-- bangun aku dengan sendiri-- mamcam tak larat aku nak angkat motor yang tersekat-- SAKIT--- adessss-- tengok2 seluar aku koyak-- seluar jeans favourite aku--- lalu meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan menahan sakit--- sakit!!!!!

~adalah skit lbh kurang gaya aku jatuh gak-- huhuh-- tapi tepi tue longkang--]

Ya Allah~~~~ sesungguhnya aku yakin--- mesti ada hikmah semua ini berlaku--- Dia sedang berbicara dengan aku tentang kesabaran-- paling tidak-- ini semua sebagai penawar dosa, membayar... kifarah dosaku...

demam lagi--- selsema lagi--- sakit kepala lagi---

terima kasih sangat kepada semua yang mengambil berat... atleast takda lah rasa sakit sangat--
to my housemate aka coursemate... Sazali... Fuzack n Najib... FB aka santun famili... Izdiyad, faraha'ain n Asmidah.... my famili [adik aku yang g cerita sape suruh--] da semua sekali...



nie sebahagian dari kata-kata dalam buku 'Lah Tahzan' oleh Aaidh ibn Abdullah al-Qarni---

"Ketika musibah menimpa,
bencana melanda dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah""

'Ketika semua cara tak mampu
menyelesaikan, setiap jalan yerasa menyempit,
harapan terputus dan semua jalan pintas membuntu,
mereka menyeru: "Ya Allah!"'

Ketika bumi terasa menyempit
dikeranakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban
berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"

then.. time2 mamcam ni layan lagu dari edcoustic- Muhasabah cinta--- memang masukkkk sangat--- sob3~~~ sedih lak--




sehingga berjumpa lagi--- [sakit2 pun boleh membebel panjang2 aku dalam blog nie-- adesss]
salam---

Wednesday, June 9, 2010

Memulakan Bulan Baru- Jun

~7.10pm~
~sambil makan roti gardenia kosang- motif-- lapar nak tunggu makan malam~



Assalamualaikum kepada pembaca blogku [ada ke yang membaca, baru je ditubuhkan-- hehe] Tajuk post "Memulakan bulan baru-Jun" tapi sekarang dah hampir pertengahan bulan sudah.... Hmmm... oleh kerana dah hampir pertengahan bulan.. banyak yang boleh aku ceritakan tapi masih tak dapat disimpulkan lagi--- kalau mengikut sewaktu awal bulan-- lagi dua minggu kami akan menamatkan latihan industri kami-- dan sekarang sudah masuk ke minggu terakhir.... Ada beberapa perkara yang ingin aku luahkan untuk tatapan aku sendiri dan sesiapa sahaja yang tetiba terbaca blog aku ni...

Sambung belajar @ kerja!!!!!!!???????

argghhh~~~ naik gila juga aku fikirkan dua perkara yang macam kecil saja orang lain tengok kot-- kalau bercakap mengenai sambung belajar. Aku lebih nak sambung belajar daripada kerja dulu. Sebab bagi aku ada suatu bende yang aku ingin capai dulu... Sesuatu yang aku dah tetapkan dan actually bende tue sudah ada dan hampir capai... tapi tak pasti... so aku mahu betul-betul pastikan... ada tapi... Tapi-----

apa yang merisaukan aku juga dan rakan-rakan aku adalah--- bimbing, risau, gelisah, takut... jika kami tidak mendapat tempat--- Ya Allah... Jauhkan lah kami daripada apa yang kami takutkan itu... Harap sangat dapat kos yang aku pilih-- Ya Allah--- Kerjaaaaa-----

cakap pasal kerja pula... adushhhh... dapat offer kerja dekat tempat praktikal pun.. tapi gaji bawah seribu.. kerja lari habis daripada kos yang aku belajar... tak sanggup.. rasa rugi sangat.. tapi best je tengok kawan-kawan aku yang dapat offer atas kos yang kami belajar sendiri-- hmm... ok Rizman... relax-- rezeki kau Allah tetap dah sediakan...




~hmmm..... pandai sungguh budak tue-- huhuhuh-

okay~~~ magrhib dah masuk--- perlu beransur-- nanti aku akan sambung dalam bahagian seterusnya.. anyway.. takut sangat tak dapat tempat... Ya Allah aku bertawakal sepenuhnya kepadaMu---