BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Hujan. Show all posts
Showing posts with label Hujan. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

:: Prolog- Hilang Arah ::

Semalam... bersamaan tarikh 28 November 2010... 
akhirnya jadi juga tengok wayang...
Harry Potter and The Deathly Hollows...
Bersama Fasihah... Thanx sebab sudi teman aku...

Tapi yang aku ingin monologkan bukanlah kisah...
berjalan sakan sampai ke malam....
bershopping sakan sampai terlebih-lebih...

Thanx seha teman aku sampai habis walaupun....
Kau sendiri sedar aku sedang bersedih...
Walau hakikat aku berkata...
"Kau tak payah risau pasal diri aku...."
"Aku tahu macam mana nak gembirakan diri sendiri..."
Kau cuba juga menenangkan aku dengan kata-kata kau...
Thanx sangat...  

Seha balik jer... aku pergi ke tempat kerja...
Jumpa Inra... Kemudian jumpa Faizal...
Aku nak balik dengan Faizal... memandangkan jalan kami sehala....
Aku takut nak balik seorang...
Aku takut hilang arah....
Aku takut tak jumpa jalan pulang....
Aku tak tahu nak buat apa... 
Aku betul-betulkan petunjukNya....


"Sabar Rizman... ada hikmahnya...."
Kata-kata Seha.. dan juga kata-kata hampir segenap orang...
Tapi apa yang aku perlukan adalah tangan....
Someone that will hold my hand....
Guide me through this darkness....

Ondaway balik dengan Faizal... Sanggup aku tunggu sampai 11.15pm..
Baru balik... Atleast aku tahu ada seseorang disisi aku....
Sekurang-kurangnya buat masa itu....


p/s : Inra--- sebenarnya aku tak tengok result UiTM semalam... cuma tak sanggip bagitahu kau...

p/s ii : sambil tulis blog sambil mengesat air mata... 'Mana pergi diri kau Rizman...'


riedz----


 
  
 
 

:: Klimaks- Hari Ini Dalam Sejarah [part I] ::

Hari ini dalam sejarah... bersamaan 29 November 2010... 
AKU PONTENG KERJA....

Muhammad Rizman bukanlah seorang yang pemalas...
Suka-suka ponteng kerja....
Hari Preview day Metro bulan Julai...
Walaupun demam tetap pergi kerja...
Memikirkan baru bekerja...
Memikirkan itu tanggungjawab....

Aku adalah seorang yang Stream Jewel Type II [sesiapa yang dah pergi program KPKK Kelab SANTUN akan tahu...]

bukan seorang yang senang-senang mengambil ringan tanggunjawabnya...
Pergi ke sekolah walaupun masih demam...
Pergi ke kuliah walaupun masih demam....
Tapi hari ini kenapa ponteng kerja... Sebab apa...
Pergi meeting kelab... Tidak...



Seseorang yang bertindak seperti bukan dirinya....
Sudah pasti sesuatu telah berlaku...

Aku bangun dari tidur untuk bersiap ke tempat kerja...
Melihat laptop aku yang tak tertutup dari semalam...
Akibat tertidur keletihan balik lambat.. 
Aku bukak semua acct sosial web aku sekejap...
Satu kata-kata terpacul dalam kepala...
"Kenapa korang buat aku macam nie..."
"Kenapa korang men gurau condem pic aku..."
"Korang ingat aku seiapa..."
"Begitu mudah korang pandang rendah aku...."


Terus air mata aku mengalir....
Segera aku ke bilik air untuk mandi...
Tetiba aku sebak sangat dalam bilik air...
Air mata aku terus mengalir bersama air pancur...
"Rain drops or tear drops"
Terus aku keluar dari bilik air...
dan mesej Abang Asri yang aku tak mampu untuk ke tempat kerja...
Dalam keadaan aku yang sekarang....
Aku sangat tertekan...
Sekelip mata... Keyakinan aku musnah...
Aku telah kehilangan diri aku "Muhammad Rizman"
Sekali lagi setelah trauma yang melanda 5 tahun yang lalu... 
  
riedz~~~~



 

Saturday, June 12, 2010

Hari hujan dan kisah pada hari hujan::::

~9.36pm~
~sambil menaip sambil menahan sakit~~


Moga hari ini lebih baik daripada semalam~~~~ itulah doa untuk hari ini---- masih terbayang-bayang lagi kejadian petang tadi terutama waktu aku nak tidur untuk lelapkan mata--- seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku-- [takkan sebab seluar favourite koyak je kot-]

hmm-- tapi aku harus belajar untuk lebih redha dan sabar--- semua ini adalah ujian daripadaNya--

~Kejadian petang tadi~

sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar Muhd Ashrap (apek) kawan di tempat kerja balik ke rumahnya--- aku pun bergerak ikut jalan dalam yang diberitahu yang akan tembus di jalan desa damai--- actually sebelum tu kami dibelanja makan oleh VJ. Aru- supervisor di bhagaian Maintenance memandangkan hari ni hari terkahir kami praktikal di situ secara tak rasminya--- ok-- sampai tembus juga kat jalan desa damai dah dekat nak sampai--- setiba di jalan menuju perda [tempat tinggal aku--] jalan yang merentasi jalan keretapi-- dan jalan tu memang sentiasa jammed terutamanya waktu2 hujan macam ni-- ok-- mencilok2 seperti nak balik cepat sebab jam dah hampir pukul 4 petang-- bas didepan dan kereta dibelakang-- jalan yang sempit-- pokok tepi jalan yang meruntai sampai hampir ke bwah jalan raya--- kelajuan ditingkat sedikit ikut laluan tepi kiri bas-- tunduk untuk elak dedaun pokok yang meruntai--- runtaian pertama lepas-- runtai kedua lepas then--- Ya Allah~~~~ tu je dalam kepala aku-- motor hilang kawalan lepas lpasi runtaian kedua dedaun pokok-- dengan bahu jalan yang tinggi dari kaki rumput ke longkang--- TERSUNGKUR-- aku jatuh bersama motor-- Alhamdulillah-- aku fikir2 nasib baik tak masuk longkang-- then-- bangun aku dengan sendiri-- mamcam tak larat aku nak angkat motor yang tersekat-- SAKIT--- adessss-- tengok2 seluar aku koyak-- seluar jeans favourite aku--- lalu meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan menahan sakit--- sakit!!!!!

~adalah skit lbh kurang gaya aku jatuh gak-- huhuh-- tapi tepi tue longkang--]

Ya Allah~~~~ sesungguhnya aku yakin--- mesti ada hikmah semua ini berlaku--- Dia sedang berbicara dengan aku tentang kesabaran-- paling tidak-- ini semua sebagai penawar dosa, membayar... kifarah dosaku...

demam lagi--- selsema lagi--- sakit kepala lagi---

terima kasih sangat kepada semua yang mengambil berat... atleast takda lah rasa sakit sangat--
to my housemate aka coursemate... Sazali... Fuzack n Najib... FB aka santun famili... Izdiyad, faraha'ain n Asmidah.... my famili [adik aku yang g cerita sape suruh--] da semua sekali...



nie sebahagian dari kata-kata dalam buku 'Lah Tahzan' oleh Aaidh ibn Abdullah al-Qarni---

"Ketika musibah menimpa,
bencana melanda dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah""

'Ketika semua cara tak mampu
menyelesaikan, setiap jalan yerasa menyempit,
harapan terputus dan semua jalan pintas membuntu,
mereka menyeru: "Ya Allah!"'

Ketika bumi terasa menyempit
dikeranakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban
berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"

then.. time2 mamcam ni layan lagu dari edcoustic- Muhasabah cinta--- memang masukkkk sangat--- sob3~~~ sedih lak--




sehingga berjumpa lagi--- [sakit2 pun boleh membebel panjang2 aku dalam blog nie-- adesss]
salam---