BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 11, 2010

:: Kamu!! Sila Hentak Kepala Dekat Dinding [Confession 2] ::

Hahahahahah~~~~~ kahkahkahakahhhhhh---- [Bergelak ketawa]
Kui3~~~ huhuh---- [senyum-senyuman]
hmmmmm---- [straight face]
aigoooo~~~~ [sigh]
sob3~~~ [glommy face]
--topeng-topeng muka untuk menjalani kehidupan...
rasa macam nak hentak kepala aku kat dinding jerr..
[bang my head to the wall] 


Semalam tidur lewat sangat pukul 5.00 am....
Tengok cerita Jepun.. Best sangat cerita tue. 
Walaupun masuk kerja morning pukul 9.30 am...
Daripada morning tetiba jadi fullday atas beberapa sebab...
Kepala pinar pagi-pagi mungkin sebab tak cukup tidur...
Kena ajar cashier baru pula tue...
Pissed off dengan cashier baru sebab bajet macam bagus...
suka-suka buat statement pasal aku padahal kenal aku pun tidak...
[tapi sekarang takda mood nak jadi mulut puaka kat orang...]



Tetiba macam... kenapa jadi macam nie... Ya Allah aku sangat down giler.. Aku tak faham.. Sangat tak faham dan tak mengerti... Di saat anda baca ni. Saya merasa anda sangat bertuah. 

Tiba-tiba rasa nak menangis. Tapi tiba-tiba nie bersebab. Permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke UTHM tidak berjaya.. Adalah dimaklumkan tidak berjaya.


Permohonan Najib berjaya.. Tahniah aku ucapkan. Rezeki kau. Selamat berjaya sahabatku. Inilah yang kau tunggu-tunggu. Semoga kau dapat lakukan yang terbaik seperti biasa. Kirim salam kat Suhaimi dengan Dilla kalau kau jumpa dorang nanti. Cakap kat Suhaimi, aku rindu dia. Time together-gether dengan dia.

Ada tak orang yang betul-betul faham macam mana aku rasa. Even UTHM pun tolak permohonan aku. Tiba-tiba teringat famili SANTUN. Rasa macam bertuahnya korang. Tapi itu semua rezeki korang. Korang yang telah berusaha dengan gigih, so korang berhak mendapatnya. Dan rasa malu dan rendah diri dengan diri sendiri. Tapi teringat pesan Kak Aisyah minggu lepas. "Dik, memang kadang-kadang kita rasa rendah diri,---- [dan banyak lagi Kak Aisyah kata]........ last words... "Jadi diri sendiri, jangan jadi orang lain"

Kak Aisyah seperti faham apa yang di fikirkan. [Thanx kak~~~Jazakallah] 
Semalam tengok cerita Jepun tue dalam satu babak

"Mulai sekarang.... hiduplah untuk diri sendiri... Jangan hidup untuk orang lain"

Aku suka setiap kata-kata dalam cerita tue. Quote dia banyak. Sangat best.



      
:: IC di blurkan langkah berjaga-jaga~~~ :: 



Kalau berita mcam nie normal lah bagi aku.. Aku takkan cerita kepada famili aku... Sedangkan orang lain akan berkongsi saat suka atau duka bersama famili. Tapi bagi aku, duka aku biarlah aku tanggung seorang. Tak perlu lagi aku bebankan famili aku yang dah banyak berkorban. Kalau aku tak boleh sukakan dorang. Baik aku jangan tambah dengan duka aku. Tuptup nanti dorang aku taw juga seperti macam masa-masa lalu. Tapi waktu itu semua dah berlalu. 
 

[sambil tersengguk-sengguk tulis blog--]


Sekarang  aku hanya tinggal tunggu keputusan daripada UiTM saja. Aku taknak cakap banyak. Sebab takut sangat... 


Tapi... langkah yang tunduk ini akan terus melangkah.
Melangkah sehingga mampu mendongak.
Melihat langit begitu luas. Mesej dari Faizal  "....... tapi aku yakin kau tabah hadapi semua ini...."  

Aku takkan berputus asa. [Macam pesanan Kak Aisyah]. 
Walaupun aku jatuh. Bukan jatuh tertunduk.Tapi jatuh tertiarap sekali pun.
Aku akan tetap perlu bangun.
Walaupun payah. Hidup takkan berakhir dengan mudah.
Aku tanam dalam diri. Ada sesuatu Dia Yang Maha Kuasa.
Ingin tunjukkan kepada aku.
Baik atau buruk. semuanya adalah takdir.
Sebagai ganjaran Atau khafarah.



riedz~~~~


 

2 comments:

Anonymous said...

mintak maaf my last word

riedz_iedz said...

to anonymous : siapa kamu.. kenapa nak minta maaf... kamu ada salah ker ngn saya... kalau tanpa nama macam mana nak kenal untuk maafkan kalau ade salah pun... huhuh...

tapi saya jer kot yg banyak bersalah dengan orang.. btw masih lagi siapa kamu...

[miss ameyo--]