BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, June 12, 2010

Hari hujan dan kisah pada hari hujan::::

~9.36pm~
~sambil menaip sambil menahan sakit~~


Moga hari ini lebih baik daripada semalam~~~~ itulah doa untuk hari ini---- masih terbayang-bayang lagi kejadian petang tadi terutama waktu aku nak tidur untuk lelapkan mata--- seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku-- [takkan sebab seluar favourite koyak je kot-]

hmm-- tapi aku harus belajar untuk lebih redha dan sabar--- semua ini adalah ujian daripadaNya--

~Kejadian petang tadi~

sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar Muhd Ashrap (apek) kawan di tempat kerja balik ke rumahnya--- aku pun bergerak ikut jalan dalam yang diberitahu yang akan tembus di jalan desa damai--- actually sebelum tu kami dibelanja makan oleh VJ. Aru- supervisor di bhagaian Maintenance memandangkan hari ni hari terkahir kami praktikal di situ secara tak rasminya--- ok-- sampai tembus juga kat jalan desa damai dah dekat nak sampai--- setiba di jalan menuju perda [tempat tinggal aku--] jalan yang merentasi jalan keretapi-- dan jalan tu memang sentiasa jammed terutamanya waktu2 hujan macam ni-- ok-- mencilok2 seperti nak balik cepat sebab jam dah hampir pukul 4 petang-- bas didepan dan kereta dibelakang-- jalan yang sempit-- pokok tepi jalan yang meruntai sampai hampir ke bwah jalan raya--- kelajuan ditingkat sedikit ikut laluan tepi kiri bas-- tunduk untuk elak dedaun pokok yang meruntai--- runtaian pertama lepas-- runtai kedua lepas then--- Ya Allah~~~~ tu je dalam kepala aku-- motor hilang kawalan lepas lpasi runtaian kedua dedaun pokok-- dengan bahu jalan yang tinggi dari kaki rumput ke longkang--- TERSUNGKUR-- aku jatuh bersama motor-- Alhamdulillah-- aku fikir2 nasib baik tak masuk longkang-- then-- bangun aku dengan sendiri-- mamcam tak larat aku nak angkat motor yang tersekat-- SAKIT--- adessss-- tengok2 seluar aku koyak-- seluar jeans favourite aku--- lalu meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan menahan sakit--- sakit!!!!!

~adalah skit lbh kurang gaya aku jatuh gak-- huhuh-- tapi tepi tue longkang--]

Ya Allah~~~~ sesungguhnya aku yakin--- mesti ada hikmah semua ini berlaku--- Dia sedang berbicara dengan aku tentang kesabaran-- paling tidak-- ini semua sebagai penawar dosa, membayar... kifarah dosaku...

demam lagi--- selsema lagi--- sakit kepala lagi---

terima kasih sangat kepada semua yang mengambil berat... atleast takda lah rasa sakit sangat--
to my housemate aka coursemate... Sazali... Fuzack n Najib... FB aka santun famili... Izdiyad, faraha'ain n Asmidah.... my famili [adik aku yang g cerita sape suruh--] da semua sekali...



nie sebahagian dari kata-kata dalam buku 'Lah Tahzan' oleh Aaidh ibn Abdullah al-Qarni---

"Ketika musibah menimpa,
bencana melanda dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah""

'Ketika semua cara tak mampu
menyelesaikan, setiap jalan yerasa menyempit,
harapan terputus dan semua jalan pintas membuntu,
mereka menyeru: "Ya Allah!"'

Ketika bumi terasa menyempit
dikeranakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban
berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"

then.. time2 mamcam ni layan lagu dari edcoustic- Muhasabah cinta--- memang masukkkk sangat--- sob3~~~ sedih lak--




sehingga berjumpa lagi--- [sakit2 pun boleh membebel panjang2 aku dalam blog nie-- adesss]
salam---

Wednesday, June 9, 2010

Memulakan Bulan Baru- Jun

~7.10pm~
~sambil makan roti gardenia kosang- motif-- lapar nak tunggu makan malam~



Assalamualaikum kepada pembaca blogku [ada ke yang membaca, baru je ditubuhkan-- hehe] Tajuk post "Memulakan bulan baru-Jun" tapi sekarang dah hampir pertengahan bulan sudah.... Hmmm... oleh kerana dah hampir pertengahan bulan.. banyak yang boleh aku ceritakan tapi masih tak dapat disimpulkan lagi--- kalau mengikut sewaktu awal bulan-- lagi dua minggu kami akan menamatkan latihan industri kami-- dan sekarang sudah masuk ke minggu terakhir.... Ada beberapa perkara yang ingin aku luahkan untuk tatapan aku sendiri dan sesiapa sahaja yang tetiba terbaca blog aku ni...

Sambung belajar @ kerja!!!!!!!???????

argghhh~~~ naik gila juga aku fikirkan dua perkara yang macam kecil saja orang lain tengok kot-- kalau bercakap mengenai sambung belajar. Aku lebih nak sambung belajar daripada kerja dulu. Sebab bagi aku ada suatu bende yang aku ingin capai dulu... Sesuatu yang aku dah tetapkan dan actually bende tue sudah ada dan hampir capai... tapi tak pasti... so aku mahu betul-betul pastikan... ada tapi... Tapi-----

apa yang merisaukan aku juga dan rakan-rakan aku adalah--- bimbing, risau, gelisah, takut... jika kami tidak mendapat tempat--- Ya Allah... Jauhkan lah kami daripada apa yang kami takutkan itu... Harap sangat dapat kos yang aku pilih-- Ya Allah--- Kerjaaaaa-----

cakap pasal kerja pula... adushhhh... dapat offer kerja dekat tempat praktikal pun.. tapi gaji bawah seribu.. kerja lari habis daripada kos yang aku belajar... tak sanggup.. rasa rugi sangat.. tapi best je tengok kawan-kawan aku yang dapat offer atas kos yang kami belajar sendiri-- hmm... ok Rizman... relax-- rezeki kau Allah tetap dah sediakan...




~hmmm..... pandai sungguh budak tue-- huhuhuh-

okay~~~ magrhib dah masuk--- perlu beransur-- nanti aku akan sambung dalam bahagian seterusnya.. anyway.. takut sangat tak dapat tempat... Ya Allah aku bertawakal sepenuhnya kepadaMu---

Friday, May 7, 2010

KFC= Crews Maintenance !!!!!!!!!

Paginya mendung~~~~
Petangnya cerah~~~~
Malamnya pelangi~~~~~

Buzzzz~~~~ satu department semua crews---
Pukul 7 hilang--- dimana lokasi mereka????
KFC Desa Damai--- ehehehe terima kasih kepada my Supervisor and Sanjit yang treat/belanja kami KFC--- macam motif je dia suruh aku OT sampai pukul 8---



~~ sedap hingga dua ketul je aku makan-- ~~


riedz-iedz
12:37~~~
the 1st kata-kata diatas tu ade maksud--
pagi rasa sedih disebabkan terfikir perkara kelmarin--
hari berlalu mnghembus sedikit sebanyak rasa kacau itu---

Wednesday, May 5, 2010

Manis+masam+masin+tawar= Hari yang ada macam perasaan---

Rabu~~ 11:53pm~~ [mula menaip--] lokasi: Meja study + bilik aku~~


Assalamualaikum blogku~~~ hari ni kan aku nak bercerita kepada engkau, tulus dari hati aku-- tapi belum 100% lagi... Hari aku letih bangun pagi nak pergi kerja-- rasa nak MC jer-- tapi tak baik.. so aku tetap bangun semangat nak pergi kerja-- turun jer dari kondo ada anak kecil/budak kecil/budak yang comel--- comel sangat-- geli hati tengok dia--



~comelnya--- ~~~


Hari nikan-- di tempat kerja sepanjang hari hanya buat Monthly Expenses Report for maintenance untuk bulan April--- sampai OT balik pukul 8pm--- Mata bengkak-- taktaw la sebab kena kayap @ sebab biasa yang lain--- tapi minta sangat jangan sebab kayap-- sebab dengar ehh-- bukan melalui pembacaan kalau kena kornea mata-- boleh buta--- Ya Allah-- adakah ini kifarah dosa bagi aku--- terdetik dalam hati--

Selepaskan blog-- aku balik-- singgah makan kat tempat makan biasa dengan menu aku yang biasa-- Nasi lemak telur dadar dan Kopi ais~~~ then balik on9+ mandi+ solat= on semula selepas tue--- suddenly ada sahabat lama yang datang ke rumah--- hmmm--- perasaan jadi tak sedap semula-- tak suka dan malas nak fikir-- tidak mengapalah blog-- kalau aku bagi dorang hanya kawan atau sahabat yang biasa saja-- ofcourse kekadag aku terasa-- dorang macam ada group dorang-- nama GGD-- so aku fikir2-- memang patutlah dorang2 semua saling lagi rapat berbanding aku nie-- hmm--- tapi aku sayang dorang taw blog-- cuma mungkin macam tak nampak @ mngkin nampak macam aku lebih pentingkan diri--- tapi aku selalu berdoa untuk kami semua--- kalau buat plan tanpa @ tak beritahu aku-- hmm-- ok-- aku cuba faham-- pada hakikatnya aku terasa-- [lantak aku lah nak terasa-- aku ada perasaan-- siapa rasa nyampah- ada aku kesah--] hmmm--- tanpa dorang --- ntak taw la--- oleh itu-- aku nak diri aku belajar-- penggantungan tahap tertinggi hanyalah kepadaNya~~~ Y Allah bimbing dan didiklah hatiku--

selepas tukan blogku--- dia call aku tadi-- memang aku seperti langsung tak berkata apa2-- sebab aku tak nak bila endingnya-- kami misunderstanding/ miscomunication-- [dia tue orang yang sangat sayang aku---]


aku nak tidur-- esok kerja-- perlu rehat juga kalau tak badan aku juga yang niaya-- kesian kat aku--


riedz-iedz~~
12:08am~~

Monday, May 3, 2010

Memulakan bulan baru~~~ MEI---

Assalam blogku---- hari ni kerja letih sangat--- dah lama tak kerja teruk macam hari ni--- last aku pulun kerja teruk rasanya last awal bulan tiga lah-- selepas tu takda lagi-- dah lah kena OT-- balik kerja jer basuh seluar yang kotor dah-- baru pakai sehari--- then keluar makan dengan housemate Osman-- kami jemput Fuzack kat tepi masjid yang baru pulang dari kampung---

Purnama foodcourt tempat makan biasalah-- makan-makan time--- then tonton TV dikedai time-- Jali pun sampai dari kampung---- Join sekali-- Najib belum balik--- itu normal dia memang selalu balik lambat bila dapat balik kampung--- hahahaha----

Anyway--- TERIMA KASIH banyak-banyak kepada Jali yang bertanyakan kepada emaknya tentang kayap-- then siap tolong buat ubat kampung untuk aku--- TERIMA KASIH Jali--- TERIMA KASIH Makcik--- terharu rasanya sahabat buat macam ni--- hope aku pun akan jadi yang terbaik demi sahabat-sahabat aku--- Amin---




inilah ubat yang diberi oleh Jali~~~ petua dari maknya-- [bedak sejuk campur daun delima--]



another more~~~ thanx to Faraha'ain, Siti Asmidah, Afat, Izdyad dan sewaktu dengan nya yang menceriakan tika aku diFB--- hehehe






riedz-iedz~~
12.25 [letih nak tidur-- esok kerja--]
[even i didn't text her--- i still thinking of her--]