BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, September 23, 2010

::Persimpangan-----::



Simpang tiga atau simpang empat,
Dipersimpangan itu semua kenderaan bertemu,
Motorsikal, kereta, basikal, lori, bas dan trak.
Persimpangan kehidupan...

Berhenti dipersimpangan,
Bersilangan dipersimpangan,
Ada salam yang menyapa,
Ada wajah saling bertaut,
Ada jua dengan tumpuan terus saja....

Dan ada kala,
Satu perkenalan di persimpangan,
membawa ikatan sahabat,
Jalan sama dilalui,
Tapi esok, lusa belum pasti seiring jalan,
Berbeda takdir, rezeki, matlamat, hidup,
Tetapi dipersimpangan jua kita bertemu lagi...

Pabila berlarinya engkau,
Berjalannya aku,
Dalam jarak terpisah,
Lampu merah menyekat,
Sedang dirimu terus deras dalam jalan,
Dalam aku yang sedang menempuh sesak....

Bagi setiap lintasan pejalan,
Disitu aku tunggu,
Sambil kaki melangkah garisan putih,
Diam, lihat, perhati---- menunggu..
Hijau, jingga, merah~~~~~~~

~hmmmm---- suka tengok kenderaan dan telatah manusia di persimpangan--~~







riedz---
10.30 am
210910
[ketika di Kaunter 451 LQ]

::: p/s: --------::

p/s : u r cute
p/s : thanx kerana menjadi sahabat saya
p/s : i luv u
p/s : live well
p/s : i'm proud of u
p/s : rindu kamu
p/s : i miss my bestfriends
p/s : sorry for everything
p/s : i miss u
p/s : suka lihat kamu senyum
p/s : best of luck
p/s : luv to talk with u
p/s : it nice just being with u
p/s : luv the way u laugh
p/s : ur back are really warmth.. i like it..
p/s : nice to meet u
p/s : till we meet again

[gambar ilusi semata--- sekadar hiasan-- mane tgk lg cite nie--]



riedz-----
210910
08.00 pm [ketika di kaunter LQ]

Wednesday, September 22, 2010

:: Bila Orang Buta Berlegar-legar::::::::


Dihari yang cuti ini--- bersamaan 22 september 2010--- jam 10.00 ++ am aku telah bersiap-- bersungguh-sungguh nie... nak pergi Plaza Low Yat lah alkisahnya--- kerana antivirus dah tamat dan external pula tak boleh baca tak tahulah sebab casing die @ hardisk tue sndri--- choi3~~~ minta jauh daripada hardisk aku rosak... banyak benda aku simpan dalam tue... menangis aku nak dapatkan balik.. huhuhuh... Tup3~~ nak keluar je tengok cermin mata aku dah benggok-- adess... trylah nak btlkan.. sekali amik kau-- prakkKKKK~~~ patahlah cermin mata aku... dah lah sebelum nie lagi satu tu dah patah... nie yg spare part cermin mata pun patah juga--- macam mana aku nak keluar tanpa pakai cermin mata... ahhhh... keluar saja--- [tapi sensorang je aku keluar--- huhuhuh]

dalam perjalanan ke bus stop aku pun call Khalidah sebab dari semalam dia call dan msj aku x sempat lagi balas [teruknya aku-- huhhhh] tengah sembang2 dalam fon bas pn sampai.. keluarkan lah duit nak bayar sambil cakap fon lagi.. aku nak naik boleh pulak bas tue x nampak aku main nak jalan jer... melompat terus aku atas bas... di pendekkan cerita--- sampai kat Monorel start dah... episode orang buta--- dah tak pakai cermin mata.. mana lah aku nampk.. terpaksa pergi dekat2 semata nak tengok tiket harga berapa n kena turun stesen mane...adess... dalam tren... dok lah aku tunggu sambil dgr lagu sambil berkerut2 dahi adjust mata nie nak bagi nampk dah smpai blum stesen aku.. takut silap stesen aku turun kang... adess... ssh btl x nmpak... kabur je smua.. dah lah sensorg..

sampai je kat stesen Imbi... teringat pula suatu ketika masa... together-gether ngn kak aisyah, kak sham, tarmizi. diyad, farez, azrai, abul, norsham, fakhrul... berlegar-legar di Times Square then sambut besday abul--- huhuh~~~~ Then~~~~ jalan punya jalan... aku tengok.. ehh.. btl ker tue bangunan Low yat-- masuk lah... jalan2--- dalam pale.. [setahu aku low yat besar bukan sempit camnie--- adesss.. salah masuk ke.. tapi jual komputer kat tmpt nie...] Then~~ keluar balik.. jalan belakang.. hahhhh~~~ tue baru btl bangunan low yat--- adesss... ssh btl lah..... Saat kemuncak--- dah masuk dalam low yat lagi aku blurrrrrRRR``~~~~~~..... tak tahu nak pergi kedai mane... semua kedai nampak sama jer... dah kata pandangan kabur jer.. mane lah nampak ape sbnr kdai tue jual.. xkan.. nak aku tunja kepala macam apa kat satu2 kedai--- nak cari mesin atm lagi.. pusing2 aku.... then dah cucuk duit... pergilah naik floor by floor... last2--- aku men serbu jer kedai mane2 rasa ok... terus tanya... ada jual tak bende aku nak... dapat terus blah.. nak makan sebab tak breakfast.. nanti salah masuk kdai pula... huhuh... last2 makan kat KL sentral jer sblm balik... Mkn Mcd--- McChicken set regular air tukar air milo--- heheh...

Balik naik tren trun stesen Universiti.. naik bas T632--- motif-- saja2 nak naik bas.. msk dlm UM.. mane taw bleh nampak Tarmizi ker.. Amer ker.. Zalikha ker.. tengah berjalan2 ke kuliah.. huhuh... hmmm~~~ ondaway sampai rumah pandang ke langit--- dah lama tak pandang ke langit--- langit mendung yang cerah menanti hujan~~~~ seperti hati sayu yang disembunyikan dengan senyuman~~~~ balik sampai rumah letak barang terus bergegas ke Cyber cafe dan pejabat pos.. atas beberapa urusan penting--- End of story----


~yeayyy---- antivirus baru--- untuk cayangku laptopku ini--~~~




~yeayyy--- casing baru-- selamat bleh guna lagi external aku nie--~~~


riedz---

[aduhh.. penattt.. dapat jugak update blog--- dari petang download installer sbb lappy x leh baca cd software kaspersky--- then install nie bru abes bru dapat update.. kalu buat sekali confirm berat esok pun tak abes lagi-- =.="""]

Tuesday, September 7, 2010

::Diam-Lihat-Perhati::

Diam
Lihat dan perhati...
Merasa dengan empati....
Sedih dan gembira.

Merasa menjadi mereka...
Lalu hadirkan rasa..
Apa yang sebenar nyata...
Yang tak mungkin dirasa.

Rasa yang dinanti dalam realiti..
Untuk terus berdiri melalui titi...

Merasa jangan sampai binasa..
Andai rasa binasa...
Empati minta hadir...
Diam...
Perasaan~~~~~


riedz-iedz 12:24am

Thursday, September 2, 2010

::Mulut Puaka dan Longkangnya::

*sigh* =.= ~~~~ geram giler tahap rasa kalau boleh ada pisau kat situ aku nak cucuk perut dia kelar lidah dia.... boleh tak???? MULUT PUAKA YANG BERBAU LONGKANG--- aka KERANA MULUT SANTAN BINASA.. kau nak kata aku bodoh--- [tak kesah] kau nak kata aku tak hensem-- [tak kesah] kau nak kata aku lembap--- [tak kesah] kau nak kata aku sengal--- [tak kesah] kau nak kata aku penipu--- [tak kesah] kau nak kata aku miskin--- [tak kesah] kau nak kata aku pemalas-- [tak kesah] kau nak kata aku dah gemuk--- [tak kesah] kau nak kata aku hina ke, dayus ke, bengap ke, ting tong ke, gila ke, jantan gebang ke, perogol ke, perompak ke, pencuri ke, hipokrit ke, talam dua muka ke, alim2 kucing ke, dan apa2 lagi... [tak larat nak senarai apa je yang engkau.. engkau.. dan engkau suka ngata...] tapi aku tak amik port LANGSUNG... tak KESAH... tak PEDULI.. dun give a DAMN.. tapi aku paling PANTANG keturunan aku kalau orang sentuh isu sensitiviti aku [yang dah lama kenal taw la apanya..].... paling PANTANG korang cakap satu perkataan @ sewaktunya yang betul2 buat aku sentap... [akibat dari sentap ada dua... sama ada aku bengang giler @ jadi down ---] what the %%$%$@@#$ lah manusia yang suka cakap macam tu... memang tak reti jaga mulut.. memang mulut puaka aku kategorikan... fikir diri sendiri bagus sangat... ok fine memang aku dah biasa orang kata macam tu dah lebih 5 tahun... tapi aku tetap ada perasaan... dan benda yang korang cakap bukan lah benda yang baik... dan aku benci sebab ianya seperti satu doa korang yang tak baik kepada aku.... dan kepada sesiapa yang tak faham... pergi MAMMMM~~~~@#@#@$#.... sebab korang memang tak kan faham sampai mati.... sebab keturunan korang yang akan faham bila situasi terbalik dan mereka rasa... tolong sekali sekala letak kaki korang yang selalu pakai kasut mahal2 dalam kasut orang lain... faham!!!... put yourself in other's shoes.... sekian----


[mcm nie mulut puaka die]


[geram aku setiap kali orang cakap camtue... tu yang laju je menaip lps balik kerja.. terus ada post baru---]

sekian---- [MOTIF KALAU NAK CAKAP biar mulut longkang janji hati baik... *baiklah sangat...* mengaku diri sendiri baik.. adakah baik... bukan tindakan dan kata2 lahir dari hati ker.. memang motif giler...]

riedz-iedz 1:18am