BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, September 2, 2010

::Mulut Puaka dan Longkangnya::

*sigh* =.= ~~~~ geram giler tahap rasa kalau boleh ada pisau kat situ aku nak cucuk perut dia kelar lidah dia.... boleh tak???? MULUT PUAKA YANG BERBAU LONGKANG--- aka KERANA MULUT SANTAN BINASA.. kau nak kata aku bodoh--- [tak kesah] kau nak kata aku tak hensem-- [tak kesah] kau nak kata aku lembap--- [tak kesah] kau nak kata aku sengal--- [tak kesah] kau nak kata aku penipu--- [tak kesah] kau nak kata aku miskin--- [tak kesah] kau nak kata aku pemalas-- [tak kesah] kau nak kata aku dah gemuk--- [tak kesah] kau nak kata aku hina ke, dayus ke, bengap ke, ting tong ke, gila ke, jantan gebang ke, perogol ke, perompak ke, pencuri ke, hipokrit ke, talam dua muka ke, alim2 kucing ke, dan apa2 lagi... [tak larat nak senarai apa je yang engkau.. engkau.. dan engkau suka ngata...] tapi aku tak amik port LANGSUNG... tak KESAH... tak PEDULI.. dun give a DAMN.. tapi aku paling PANTANG keturunan aku kalau orang sentuh isu sensitiviti aku [yang dah lama kenal taw la apanya..].... paling PANTANG korang cakap satu perkataan @ sewaktunya yang betul2 buat aku sentap... [akibat dari sentap ada dua... sama ada aku bengang giler @ jadi down ---] what the %%$%$@@#$ lah manusia yang suka cakap macam tu... memang tak reti jaga mulut.. memang mulut puaka aku kategorikan... fikir diri sendiri bagus sangat... ok fine memang aku dah biasa orang kata macam tu dah lebih 5 tahun... tapi aku tetap ada perasaan... dan benda yang korang cakap bukan lah benda yang baik... dan aku benci sebab ianya seperti satu doa korang yang tak baik kepada aku.... dan kepada sesiapa yang tak faham... pergi MAMMMM~~~~@#@#@$#.... sebab korang memang tak kan faham sampai mati.... sebab keturunan korang yang akan faham bila situasi terbalik dan mereka rasa... tolong sekali sekala letak kaki korang yang selalu pakai kasut mahal2 dalam kasut orang lain... faham!!!... put yourself in other's shoes.... sekian----


[mcm nie mulut puaka die]


[geram aku setiap kali orang cakap camtue... tu yang laju je menaip lps balik kerja.. terus ada post baru---]

sekian---- [MOTIF KALAU NAK CAKAP biar mulut longkang janji hati baik... *baiklah sangat...* mengaku diri sendiri baik.. adakah baik... bukan tindakan dan kata2 lahir dari hati ker.. memang motif giler...]

riedz-iedz 1:18am

Sunday, August 22, 2010

Nenek Mengintai Tingkap---

Jam 1.30 am---

Diluar jendela-- tingkap~~~

nenek mengintai tingkap--- mengetuk tingkap-- tok tok tok--- cucu-- tolong ambilkan kepala nenek bawa katil cucu--- huhuhuh---



ewah2-- senang-senang jer nenek main cabut pasang kepala nenek--- boleh tolong ajar saya~~~ serius nie--- senang kalau boleh cabut-cabut kepala nie--- rasa malas nak fikir dan serabut jer kepala atau fikir yang bukan-bukan dan melebih-lebih.. cabut jer kepala letak jauh2---

Riedz suka malas fikir---
riedz suka fikir macam2---
riedz suka fikir melampau2---
riedz suka fikir negatif2---
paling tak gemar riedz suka fikir putus asa----

so~~~ kalu boleh cabut kepala adalah better--- sebab LAW OF ATTRACTION--- itu penting-- positif akan menarik positif dan negatif akan menarik negatif~~~ so-- bila nak terfikir negatif jer terus cabut kepala.. kan senang-- hope nenek boleh tolong ajarkan--- huhuh

Saturday, August 14, 2010

::WANTED:: DIKEHENDAKI::

::Wanted:: [bukanlah cerita Wanted yang Angelina Jolie berlakon tue-- kui3~~~]



::WANTED::
DIKEHENDAKI DALAM KEADAAN HIDUP DAN SIHAT---
NAMA : ZULKEFLI BIN AHMAD ZURU
MENETAP DI BERA DAERAH FELDA PURUN, PAHANG.


Minta tolong semua~~~ sesiapa yang melihat iklan ini~~ ini bukanlah iklan kosong atau iklan seperti di televisyen bagai tu semua... Iklan ini mencari seseorang yang telah kehilangan~~~

Hmm~~~ lately really mizz u zul~~~ rindu time kita together2 dulu~~~ Anda.. anda.. dan anda yang bertemu dengannya tolong sampaikan yang saya sedang mencari dia-- huhuh...

~Imbasan~
Time sem satu~~ x sangka pertemuan hanya dengan selisih jalan-- ketika keluar dari bilik air hampir terlanggar pemadam api di tembok hostel.. Lawak.. bila sembang ang suka cakap moment time tue--- Lain kos--- tapi kita paling rapat time tue... tak sangka betul... Sem dua--- kita apply hostel tak dapat bersama fazril dan Maliki... sanggup kita semua buat tekad tak cari rumah sewa nak buat rayuan juga.. then last rayuan kita diterima... Ang duduk satu bilik dengan aku dan Maliki duduk bersama Fazril~~~ best-- 1st year kita di hostel sebagai senior.. hahahaha... teringat kot time petang kita berempat main tennis di gelanggang-- hahahaha.. sangat lawak dan menghiburkan hati... hmmm... walaupun selalu juga gaduh dengan ang.. tapi semua tue sebab sayang kot-- huhuhuh... Sem tiga sekali lagi kita semua nak mohon hostel tapi kita tetap cari rumah sewa diluar.. last2 aku seorang je yang dapat hostel... tapi still memilih untuk duduk rumah sewa dan hostel... Hostel hanya persinggahan waktu bulan puasa.. tak larat jalan kaki balik rumah... akhirnya satu rumah--- dengan Maliki dan Fazril dan budak akaun yang lain... Pelik.. satu2 aku budak mekanikal yang duduk satu rumah dengan budak perdagangan.. semua sebab keserasian kami... keluar jalan together2 aje kita berempat... time dinner memang jadi tugas ang ngn aku untuk masak makan malam dan Fazril serta Maliki sekadar membantu.. hahaha.. teringat time ang bengang sebab asyik kita berdua jer yang balik kelas letih kena masak dan yang lain seperti tidak mahu membantu langsung~~~ weekend kita berdua juga pergi ke pasar malam untuk beli lauk rumah~~~ hahahaha... SEM 4... ang praktikal dan aku pula berpindah ke rumah rakan2 kelas aku.. 1st time berpisah dan rasa nK pindah je balik rumah ang.. selamat time tue ang dan Maliki praktikal di Kedah.. dapat juga sekali sekala aku jenguk singgah di rumah angpa... sekali sekala dengar angpa nak pindah masa praktikal.. Aku tertanya juga.. kemana aku nak pergi bila ada masalah yang tidak dapat disuarakan kepada sesiapa melainkan ang~~~ SEM 5 ang masuk poli balik rasa nak pindah masuk balik dengan ang.. tapi still love my coursemate.. and 1 sem with them make me realize mereka juga best dan aku sayang juga... but walaupn tak satu rumah.. kita tetap keluar bersama Maliki semua dan singgah rumah masing2--- huhuhuh... SEM 6... aku praktikal di Penang dan ang berada sem terkahir di poli... kali terakhir ke rumah ang adalah waktu cuti Hari Pekerja... aku ambil kesempatan pergi bermalam di rumah ang Kedah... But.. somethings differents yang aku realize skit... ang dah berubah... Maliki dan Fazril pun berkata begitu... Sejauh mana aku pun tak pasti~~~

~Kebenarannya~
Adalah kekadang sangat rindukan ang... nak cerita macam2... Kekadang tak sampai hati tengok ang berubah ke arah yang tak baik... tak mahu sesuatu yang tak elok berlaku kat ang... tapi hope semua itu hanya perasaan aku... semoga ang sentiasa baik2 saja dibawah rahmatNya--- seorang sahabat yang aku pernah mengalirkan air mata deminya...






::WANTED TOO::


::DIKEHENDAKI JUGA DALAM KEADAAN YANG BAIK-BAIK::
NAMA : SUHAIMI BIN ABDUL MALIK YEE
MENETAP DI GOTE, PERAK


Ini juga adalah sahabat baik aku... merangkap ketua kelas darilah sem satu sampai sem last~~~ sebab kami semua sangat percayakan dia dan dia sangat bertanggungjawab... so kami satu kelas tak benarkan dia letakkan jawatan... kejam tak.. huhuhu... Kekadang memang teringat dan rindukan ang...

~Imbasan~
Ingat time kita berdua yang selalu together2.. sebab kita dua yang duduk hostel bersama lebih dari satu sem [aku duduk sampai sem dua].. yang lain semua time tue dah berpindah duduk rumah sewa... dan sebab itu.. kalau buat ape2 assignments memang tak kisah kalau kerja berkumpul kita berdua pun dah cukup--- lagi pun kualiti lagi penting dari kuantiti.. tak kisah kalau orang lain tak nak group dengan kita... tapi kita sentiasa mengalukan orang lain untuk masuk group kita... Then bila sem 3 aku dah duduk luar pun kita still sama.. together2 sebab kalau ada 'gap' kelas yang lain semua mesti keluar kampus.. kita jer yang jalan2 kesana kemari dengan suka hati atau pun dengan hal yang perlu diuruskan.. Buat assgments berkumpulan pun masih lagi together2 dan tak kisah walau dua orang sebab kita tahu kerja kita berdua antara yang terbaik juga.. huhuh... perkara yang paling best~~ tiap kali nak final exam.. dalam minggu study week tue kita mesti akan pergi jogging di Tasik Darulaman~~~ the result--- kita berdua jugalah yang selalu conquer tangga2 atas dalam kelas--- hehehe... sentiasa bersaing sesama sendiri...

~Hakikatnya~
Rindukan ang--- seriusnya.. ang seorang yang matang--- kata2 ang banyak berdasarkan akal bukan mengikut hati... ang juga seorang penyabar dan periang... dan aku memang kenal ang bila ang ada masalah... dan bila sekarang.. sentiasa rindukan nasihat dan kata2 matang ang bila aku ada masalah.... Aku doakan ang berjaya di UTHM--- tahniah-- ang dengan dila wakil kelas kita yang bergerak dulu... kami semua akan menyusul insyAllah... Semoga ang sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNya....



[ini adalah mereka ... dua orang yang boleh dikatakan.. banyak mewarnai hidup aku.. tanpa mereka aku tak tahulah... mereka orang2 yang pernah mendengar gelak tawa aku.. sendu tangisku dan juga resah tapi aku tetap sayang semua sahabat aku... semuanya ibarat puzzle yang melengkapkan hidup aku... keluarga DMK... dan yang lain... tak lupa keluarga SANTUN yang banyak mengajar aku...]

Thursday, July 8, 2010

Kisah sebuah 'Kotak' dalam manusia~~~

9:32pm~

Bilik beradu~


Ini sebuah kisah~~~ dari mata aku~~~ kotak aku sendiri~~~~ 'Kotak' yang dimaksudkan adalah kotak fikiran--- kotak akal--- minda--- lebih kurang cakap kepala otak---- Manusia semua dikurniakan otak... ya... sama seperti makhluk yang lain juga... tapi yang istimewanya manusia.. manusia dikurniakan akal oleh Allah SWT..... tapi dengan akal yang dikurniakan juga... manusia telah berbuat berbagai kerosakan di muka bumi~~~ Buang anak dan etc... mungkin aku juga tidak terlepas dar melakukan perkara yang sia-sia dan menganiaya diri sendiri...

'Gunung berapi nak meletup'.... tu lah agaknya yang aku rasa... perlahan-lahan... fikiran aku mula tekanan... serabut.. fikiran mencapah.. macam-macam aku fikir... temanya adalah masa depan... orang lain mungkin beranggapan seperti tiada apa yang berlaku dan aku hanya seperti relaks dan boleh bergelak ketawa... tapi hakikatnya... selain dari waktu tidur.. hanya aku saja dan Dia yang tahu apa yang sentiasa bermain dalam fikiran aku... Lebih-lebih lagi aku adalah Jewel~~~ memang aku taknak fikir too much~~~ tapi kekadang memang tak boleh halang diri aku daripada berfikir.. dan berfikirnya kekadang pun melampau-lampau-- seperti more on the problem.. but not on the solution... sebab tue.. problem will get bigger.. and no solution-- huhuh...

Jalan-jalan~~~~
Setelah beberapa hari duduk dirumah selepas rabu pergi lapor diri di JPA--- hari Khamis-- 8 Julai.. aku kelaur bersama Mimi Hayati dan Noor Shafiqah berjalan di Mid Valley~~ agak lama juga kitorang tak bertemu... setahun??? 6 bulan????--- walaupun dah lama tak jumpa.. sekali jumpa kitorg masih macam dulu.. sembang-sembang.. gelak-gelak... kutuk sama sendiri.. huhh.. dapatlah sikit aku distract kepala nie daripada fikir yang melampuai kepala nie... Jazakumullah khairan kepada dorang...

Facebook~~~

Balik rumah sekitar jam 6 lebih~~~ sampai kemuncak kot... sampai aku tak boleh sembang dengan orang dalam rumah... tak boleh nak fikir apa.. rasa macam ditelan... lost~~~ down~~ then aku postlah weather mood kat FB~~ selepas tu aku remove balik.. rasanya tak perlulah aku menjaja mood aku.. orang pun bukan nak ambil tahu sangat~~~

Tahniah~~~

Tahniah~~~~ rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada semua sahabat santun, sahabat kenalan lain dan semua yang dapat futher study~~~ korang patut bersyukur.. huhuhuh.... memang rezeki korang... TAPI~~~~~ honestly memang jealous dengan korang semua... korang sangat beruntung dapat futher study-- lebih-lebih yang dapat kos yang memang korang minat... hmm... korang memang layak... rezeki korang.. tahniah semua... hmmmm... tengok dekat FB masing-masing bercerita macam-macam.... memang aku tipulah kalau cakap aku tak rasa apa bila baca tu semua... best jer dengar macam-macam cerita.. tapi aku tak dapat merasa langsung... memang aku sedih... bukan sengaja buat-buat sedih... The end.. saka aku.. iaitu kecewa terhadap diri sendiri...

Dila dan zue [sahabat coursemate di Polimas].. dorang dah kerja di tempat dorang praktikal dulu.... Hani pula akan sambung belajar di UniKl Jurusan QA Eng.... Najib dan fuzack ambil short course kat PESDC Perak.... Then.. tadi ondaway balik.. dapat mesej dari Sazali.. "salam.. rizman ad dpt col x klg dr prai ofer keja kat c2???" hmmm... then aku call dia balik bertanya perihal tue.. Dengar cerita.. Hani.. Dila dan Jali semua dapat panggilan tu.. Aku tak dapat.. Mungkin untuk sedapkan hati aku sendiri... aku hanya menjawab.. "Hmmm.. sebab aku kat KL.. jauh dari prai sebb tu klg tu x call kot--!!!' macam apa jer alasan aku... rezeki dorang.. bukan rezeki aku.. Dan the end.. kecewa dengan diri sendiri... aku masih tanpa berbuat apa-apa.. penanam anggur paling berjaya abad ini...

Implikasi~~~~

Sampai tahap--- kekadang insomnia tak boleh tidur sebab otak nie tak mahu berhenti berfikir... atau lebih teruk... terlebih tidur... sebab otak malas nak berfikir... then.. positif kot nie.. sebab memandangkan aku kurus.. terlebih makan... lapar jer... sebab ada fakta dengan makan dapat release tension.. huhuh... atau sebaliknya.. kurang sangat makan.. sampai dalam sehari makan roti je pun cukup... nasi tak payah makan.. bertambah kuruslah aku...~~~~

Rasa nak marah~~~ huhuh...mungkin sebab apa yang ada dalam kepala tak dapat dilepaskan... tapi selamatlah aku pencinta kedamaian... susah juga untuk marah... teringat kat Zul~~ sahabat Polimas kos Marketing... dulu selalu dia kena marah dengan aku time aku tekanan.. tapi bukan sebab benci atau tak suka... tapi sebab keselesaan padanya.. seperti untuk aku luahkan apa yang tak dapat diluahkan..

Mencari~~~~

Bila time2 macam nie sebagai seorang manusia-- memang betul-betul perlukan seseorang untuk duduk bersama dan dengar apa perihalnya... tapi aku tak boleh cerita kat famili aku.. hmm.... maybe aku rasa tak perlu... so esok akan keluar berjalan dengan Zalikha pula... memang kitorang dah janji untuk jumpa saling bersembang dan berbual.... well.... kami dah selalu kongsi masalah bersama... dengar pendapat masing2 walaupun kekadang aku sukar terima pandangan orang without statisfactory prove~~~ kalau ada Zul dulu memang senang untuk bercerita sebab aku lebih terbuka dengan dia... walaupun pendapat dia bukan boleh pakai sangat.. huhuh..


Epilog~~~

MASA DEPAN~~~~ berjuang dan bertarung... aku untuk melihatnya... dalam perjalanan balik tadi pun.. ada jiran bertanya.. "Angah dah kerja ke???" hmmm..... apa aku perlu jawab... sebagai seorang lelaki.. penting bagi aku... perempuan tak kisah sangat.. duduk rumah masak.. aku perlu bekerja... perlu ada tangungjawab-- well.. Jewel memang begitu.. nak sambung belajar memang cita-cita sebenar buat masa sekarang--- yesss.... mungkin kurang effort aku... tapi aku akan mengorak langkah.. tapi... [aishhh--- tapi lagi---] kekadang tak nampak kemana perlu aku melangkah~~~ Lalu kepadaNya jua aku pohon kekuatan segala...


sambil-sambil ini juga dengar lagu Maher Zain - InsyAllah dengan MV yang sangat berkesan.. terkedu aku nak mengalir air mata pun ada menghayati setiap lirik dan mv tue... InsyAllah.. aku harap sangat.. i'll find my way~~~







riedz~~~~~

...............................

Sunday, July 4, 2010

Dan awan cerah bertiup... Mendung berarak....

~10.32pm~
~Meja makan dirumah~

Dan awan cerah bertiup.... Mendung berarak....


"Kini adalah musim angin basah dan lembap bertiup.....
dinginnya membekukan hati... hati mereka atau hatiku????
Cerah kian malap.. seperti ingatan yang semakin pudar.. ingatan mereka atau ingatanku???
Hujan dan mendung... yang menyelubungi hati dan kenangan...
lalu dibasuh.... luput dan hilang
.... mereka yang hilang atau aku yang hilang????
Rintik-rintik dari dedahan... dibawah itu aku duduk...
Mereka atau aku????"


Kini adalah kisah pada musim dingin dengan angin yang lembap yang bertiup... seperti membekukan hati-hati manusia.... membuatkan aku tertanya-tanya... apa sebenarnya yang berlaku... sekarang kami semua... yang pada mulanya ... melangkah dengan penuh keinginan untuk menimba pelbagai pengalaman... dalam sekelip mata... 3 tahun telah berlalu...

Dulu jalan kita satu... perjuangan kita satu... gengaman dan pegangan erat tangan kita dalam mengharungi segala cabaran.... dan kini.. kita semua berdiri di persimpangan yang mencapah dengan sejuta jalan untuk meneruskan perjalanan... masing-masing dengan impian sendiri.. matlamat... dan cita-cita...

Mereka yang dulu... yang aku... kami... benar-benar rapat... melakukan hampir semua perkara bersama-sama... berkongsi hampir segala perkara bersama-sama... Dan awan cerah bertiup.. mendung berarak.... "Pecahkan saja gelas biar ramai... biar ngadu sampai gaduh......" Keadaan tak seperti dulu... aku melihat seperti kehadiran insan-insan yang lain telah mengambil mereka dari aku... Salah aku atau mereka... Adakah mereka telah melupakan aku...???? Soalan yang selalu aku tertanya... lebih-lebih lagi bila melihat nama-nama mereka di list pada laman sosial web atau mesej segara di web...


Salah tak kalau ingin berkata.... aku sayang mereka... aku rindu setiap saat bersama mereka.. aku sentiasa berharap mereka dalam keadaan yang baik dalam apa jua mereka lakukan... Mereka sahabat yang boleh dikatakan pertama...


Katakan pada aku... walaupun benar itu ada pahit disebaliknya... honestly... aku merasakan juga... aku tak dapat jadi sahabat yang cukup baik untuk mereka-mereka... walau aku telah cuba sedaya mungkin
.... mungkin juga aku tak cuba sedaya aku... maka aku pohon... katakan pada aku... apa yang perlu aku buat untuk memperbaiki diri aku...

Ajarkan aku... untuk menjadi seorang yang mampu membuatkan kau tertawa... yang mampu mendengar semua cerita kau... yang mampu membantu meringankan segala beban dan kebimbinganmu....

"Rintik-rintik dari dedahan.... dibawah itu aku duduk" Mereka atau aku....???? Dan sesungguhnya aku tak pernak menyalahkan mereka... aku meletakkan segalanya atas aku... mungkin inilah kelemahan aku.. mungkin jua kelebihan aku... yang aku pohon... sentiasa mereka dibawah rahmat dan hidayahMu... kejayaan di dunia dan akhirat... untuk mereka... aku...



.................................

~riedz~